Thursday 13 June 2013

AAAAAHHHHHHHHHH!!

AAAHHHHHH! sekali lagi aku didatangi oleh sahabat yang cuba memujuk aku untuk menyertai kembali team itu dan sekali lagi aku tidak mampu untuk memberi jawapan yang konkrit dan sekali lagi lagi keegoan aku tercabar. AAAAHHHHH! Apa yang harus aku lakukan, berdiam diri lagi, memberi keputusan dengan serta merta, menolak atau apa-apa sahaja. Semuanya bermain-main di dalam fikiran aku sekarang ini. Apa juga keputusan yang aku buat mesti berteraskan kepada keimanan dan ketakwaan, keikhlasan hati dan nurani agar ia tidak menjadi permainan duiniawi. AAAAAHHHHH! Sekali lagi aku akan menyerahkan diri ini kepada yang maha Esa agar aku mendapat petunjuk agar diri ini dapat petunjuk yang baik dan membawa perjalanan hidup ini ke Syurga yang penuh nikmat.

4 comments:

abu uzair said...

Tuan terus bermain dengan keegoan diri tuan sendiri... Bersegeralah bermunajat dan istikharah .. itu sahaja jalan penyelesaian terbaik. Nabi SAW menjamin tidak akan menyesal orang yang beristikharah .. semakin ditanya kepada makhluk..semakin besar ego itu ... wallahu a'lam

Aku said...

Alhamdulillah di atas komen yang diberikan, in sha Allah akan diusahakan apa yang disarankan. Apa yang tersurat tidak semestinya tersirat dan apa yang tersirat tidak semestinya tersurat... semoga dipermudahkan dan semoga tuan dan sahabat-sahabat akan terus istiqamah dalam perjuangan dan sekali lagi terima kasih dan yang melihat tidak sama dengan yang menanggung.

abu uzair said...

Ye begitulah ... Ada kalanya mendiamkan diri itu lebih baik..ada kalanya mengasingkan diri itu lebih baik.. tetapi hati2 wahai sahabat..jangan sampai kita ditipu syaitan...

Kadang2 kita hanya rasa bahawa keputusan yang dibuat itu betul dan diredhai, walhal takut2 ianya tercela...

Ingatlah akan firman Allah dalam surah al baqarah .. ayat 216
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..."

Kalaupun tuan sudah mematahkan arang dengan pasukan tersebut, janganlah hati2 kawan dalam kumpulan tersebut juga tuan patah2kan ..

Takkan marahkan nyamuk, kelambu yang selama ini menemani tidur dan mimpi tuan sepanjang malam dibakar tanpa sedikit pun rasa kasihan ...

Aku said...

Sahabat secara jujur aku mengucapkan beribu-ribu kesyukuran di atas pandangan tuan. Aku akui kelemahan diri dan juga kesilapan yang aku sedar atau tidak kepada semua sahabat. Kalau aku terlalai membakar kelambu tersebut, in Sha allah akan kawan perbaiki dan memasang kembali kelambu yang lebih baik bagi mengantikan kelambu yang telah musnah itu, bukan untuk aku tetapi untuk para sahabat semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...