Wednesday 11 May 2011


Lagu ni betul-betul membuat kita insaf betapa kecilnya kita sebagai hamba kepadaNya....

Impian menjadi kenyataan?... hampir tiba.....

Setiap insan yang lahir di dunia mempunyai impian tersendiri termasuklah aku. Impian yang selama ini aku pendamkan hampir-hampir menjadi kenyataan dengan izinNya, insya Allah. Bersyukur ke atas rahmat yanag Allah berikan dan aku tidak sangka bahawa perkara yang selama ini aku rasa berat serta payah ingin dilakukan akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk dilaksanakan semoga apa yang akan aku lakukan ini tidak akan lari dari landasan asal semangat perjuangan aku.

Beberapa hari ini aku sibuk membuat persediaan awal bagi merealisasikan impian tadi. Semoga Allah akan sentiasa memudahkan urusan dan perjalanan impian ini. Walaupun aku rasa letih dan kepala otak aku ni penat tetapi aku berazam untuk tidak menyerah kalah seperti yang pernah aku katakan peluang dan ruang yang datang tidak tentu akan datang sekali lagi. Oleh itu aku perlu melakukan dengan penuh bersemangat dan beritizam agar peluang yang dihidangankan ini akan menjadi satu memori yang terindah dan dapat memuaskan hati aku dan semua yang terlibat, lebih-lebih lagi pihak yang berkenaan.

Walaupun ini hanyalah salah satu status bidan terjun tetapi aku dan kumpulan aku akan cuba memberikan yang terbaik demi keikhlasan dan kejujuran kami di dalam perjuangan ini. Aku akan curahkan semua pengalaman dan pengetahuan yang aku ada untuk dikongsi bersama oleh mereka yang terlibat bagi membuka mata dan hati mereka bahawa Islam Boleh menjadi draf ikutan di dalam kehidupan.

Aku berdoa kepada yang maha Esa agar dikurniakan rahmat dan hidayah serta taufik kepada diri aku dan rakan-rakan serta pihak yang berkenaan supaya program yang akan kami jalankan ini sentiasa dirahmati dan diberkati serta sentiasa dipayung lindungan Allah dan agar Allah memudahkan setiap urusan dan perjalanan program ini. SK Seri Machap kami akan datang....

Tuesday 10 May 2011

Aku dah penat...

Jam dah pukul 10.00 malam... kepenatan sudah mula terasa di dalam diri aku ni... Alamak! mana ni tadi aku ada kirim member to-upkan kredit sampai lah ni masih tidak ada lagi. Aduh! bertambah penat le aku kalau macam ni. Bersabar je. Tunggulah lagi mana tahu dia lambat sikit......

Inilah masanya....

Malam ini aku gembira sangat dan bersyukur kepada yang maha Esa di atas keberkahtan dan hidayahnya yang telah memberi aku semangat baru. Hari ini banyak perkara yang tidak disangka berlaku dan membuat aku bertambah yakin kepada perjuangan yang ikhlas akan dibayar oleh keikhlasan serta akan dipelihara olehNya. Walaupun pada mulanya aku kurang yakin tetapi setelah aku mencuba dan melihat sendiri respon dari mereka yang memahami menyebabkan aku berkeyakinan bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam dunia ini, semuanya atas kehendak Allah penentu segalanya. Sekali lagi kita tidak boleh berpersangka buruk kepada Allah, kerana kalau hari ini kita tidak dapat mungkin lain hari kita akan perolehi kerana Allah lebih mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita.

Sekarang semua telah berada di depan mata, aku tak akan lepaskan peluang ini untuk membuktikan kepada mereka yang selama ini memandang rendah kepada aku bahawa Allah maha berkuasa, bukan kerana aku takbur atau riak tetapi aku ingin menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin. Kesempatan ini juga aku ingin bersama-sama mereka untuk menaikkan nama baik jabatan aku. Inilah masanya untuk aku dan para pejuang meneruskan kesenimbungan perjuangan yang belum selesai demai anak bangsa yang seagama dengan aku demi masadepan mereka untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

Monday 9 May 2011

Berita baik atau ....

Tepat jam 12.15 tgh tadi aku digegarkan dengan berita yang mengembirakan diriku. Apa yang selama ni aku impikan telah dapat, tawaran dari salah sebuah IPT awam untuk aku belajar jarak jauh seperti yang aku mohon. Tetiba hati aku berbelah bagi pulak macam-macam perkara yang bermain di benak kepal otak aku ini sehingga aku bagaikan kehilangan arah lak ewah..

Kalu aku fikirkan balik ini adalah pilihan Allah kerana Dia yang menentukan segala-segalanya macam rugi lak kalau aku tolak, peluang biasanya datang sekali. Aku akan memohon kepadaNya agar dapat memberi hidayah dan petunjuk kepadaku berkenaan perkara ini......

Sunday 8 May 2011

Motor Impian!

Motor pertama yang aku beli adalah jenis di bawah ini. Motor yang palin aku suka dan kagumi kerana ketahanan dan kelasakannya. Pengalaman aku yang tidak dapat aku lupakan adalah sewaktu aku terjatuh ke dalam parit bersama motor aku ni. Oleh kerana itu aku tidak jual motor aku ni walaupun aku telah menambah sebikik lagi motor. Kau memang hebat........

Desakan hidup membaut aku menambah satu lagi motor, kali ini aku membeli motor yang lebih lagenda lagi. Boleh tahan kelasakan dan kehebatannya memang lagenda. Aku dah lama pakai pun masih boleh bertahan lagi sehingga ke hari ini. Kaulah Lagenda .....


Impian aku aadalah untuk memiliki motor yang begini. Aku tak tahu kenapa aku minat sangat kat motor jenis ni mungkin ia ada bersangkut paut dengan jiwa aku. aku tak tahu bila aku akan dapat motor jenis ni. Aku yakin satu hari nanti aku akan dapat memilikinya juga kerana bagi aku tiada yang mustahil di dunia jika kita memohon kepada Allah dan tidak berpersangka buruk kepadaNya.

The Dream come True!!


Dari kereta ke exora...

Aku ingin berkongsi sedikit kenderaan yang aku miliki dari dahulu sehingga sekarang. Aku berbangga menjadi anak Malaysia kerana aku masih lagi mengekalkan kereta tempatan untuk keggunaan seharian aku.

Inilah jenis kereta pertama aku berwarna putih dan banyak kenangan serta pergorbanan yang telah dicurahkan oleh kereta ini untuk diriku dan keluarga aku terutama kepada ibu bapa aku. Sehingga ke hari ini aku masih teringatkan kereta ni, last berita yang aku dengar kereta ni berada sekitar Melaka atau N9 dan telah diguna pakai oleh sesorang.


Kereta kedua yang aku pakai adalah jenis Wira Sedan 1.3 berwarna putih dan sehingga ke hari ini aku masih memakainya kerana aku sayang kat kereta ini terlalu banyak kenangan dan pergorbanan yang dia telah berikan kepada aku.


Kini.... ia mengubah segalanya............


Walaupun ini adalah impian aku... dan aku tak akan berputus asa ... aku akan berusaha...... Just wait and see!!!

Inikah Perjuangan


Lagu yang penuh pengertian dalam hidup aku. Buat sahabat-sahabatku marilah kita kembali kepada landasan yang sebenar di dalam perjuangan yang selama ini kita katakan kerana kita adalah pejuang demi anak bangsa yang seagama dengan kita. Kalau kita mengejar dunia dunia lah yang kita dapat, kalau kita mengejar akhirat dunia dan akhirat kita akan perolehi. Aku rindu pada kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Sumber vedio dari youtube

Pantun Suka-Suka

Berjalan seorang ke taman bunga,
Mencari bunga berbau wangi,
Kalau kita hidup terlalu berbangga,
Takut nanti mati tiada yang pergi.

Kalau tuan makan roti,
Jangan lupa cecah bersama kari,
Kalau tuan ingin berbakti,
Jangan tuan bangga diri.

Naik motor pergi ke kota,
Pergi ke kota mencari gula,
Kalau kita sudah berkata,
Biarlah ia boleh memberi pahala.

Rumah api di atas bukit,
Bukit pula terletak di tengah laut,
Biar kita berusaha berdikit-dikit,
Agar hidup kita tidak menjadi kalut.

Orang berkebun ditengah hutan,
Menanam pisang dimakan kera,
Hidup ini jangan banyak beban,
Baru boleh hidup dengan gembira.

Aku Dah Bosan!

Hari ini kebosanan melanda dalam diri aku. Aku pun tak tahu kenapa tetiba sahaja aku bosan dan terasa sangat bosan sangat hingga aku rasa bosan serta menjadi bosan sangat seperti lirik lagu Amy Search dalam lagunya Aku Dah bosan.....

AKU DAH BOSAN (Amy Search)

BERI AKU TANDA
BILAKAN BERAKHIR
MAINAN SILAP MATA
TANGKAS SENI TUKANG SIHIR
AKU DAH BOSAN
MELAYANI NAFSUMU

KAU SEDANG KETAWA
BERMAIN BENANGMU
SEDANG MAHARANI MENANGIS
MENONTON KISAH PENYU
AKU DAH BOSAN
MELAYANI ANGAN-ANGANMU

KAU MASIH BERMIMPI
BERSANDING DI PELAMIN
DUDA TIGA KALI
MASIH NAK JADI PENGANTI
AKU DAH BOSAN
MELAYANI WAYANGMU

PERLU PERUBAHAN
PERLU KEADILAN
PERLU MEMAHAMI
ERTI KEINDAHAN

KURANGKAN CENGKAMAN
JANGAN PERBUDAKKAN
SEMOGA AMAN

Saturday 7 May 2011

Waktu zohor tadi aku pergi ke surau di tempat aku bertugas. Alhamdulliah ramai jemaah yang sedang melakukan solat zohor. Aku rasa terpegun kerana pada hari cuti begini pun ramai orang yang menunaikan solat di surau tersebut. Jika aku kira pasti dapat 1-2 saf. Aku terlihat seorang hamba Allah ini terpandang-pandang ke kanan dan ke kiri, rupanya dia sedang mencari jemaah untuk solat berjemaah... laaaa yang ramai-ramai tadi semuanya solat sendiri-sendiri, waduh kok koyo hene tooo.... baru malam tadi aku disajikan dengan santapan rohani yang mengatakan solat berjemaah tu lebih baik darjatnya dari solat sendirian. Kalau di rumah mungkin juga tetapi ini di surau dan sewaktu mengangkat wuduk 90% pili air penuh, tiba-tiba bila masuk ke dalam semua dah solat sendirian.

Aku bukanya apa kan solat 2 orang itu lebih baik dari solat sendiri dan solat 3 orang itu lebih baik dari solat berdua dan seterusnya itu yang pernah seorang kenalan lamaku memberi nasihat kepada aku. Di dalam riwayat lain.. Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa menyedihkan aku adalah kalau begini sikap umat islam, sampai bila kita boleh bersatu. Solat berjemaah adalah salah satu perkara yang mendidik kita untuk mengeratkan tali persaudaraan bahkan ia mendidik kita untuk menghormati pemimpin serta menguatkan persefahaman antara umat islam. Jesteru itu berfikirlah demi kemajuan agama kita berjemaahlah di dalam solat agar kita semua beroleh rahmat dariNya.

Semalam aku dimotivasi


Bersyukur aku kepadaNya kerana dengan izin dan petunjuk dariNya, aku dapat juga menghadirkan diri ke satu program motivasi yang dianjurkan oleh sebuah sekolah tempat anak aku menimba ilmu. Sungguh menarik dan terkesan di dalam diri ini walaupun hanya beberapa jam sahaja aku disajikan dengan pengisian yang ringkas tetapi memberi banyak menafaat di dalam diri ini.
Berfikir di luar kotak! itulah pengisian yang pertama aku dapat, walaupun telah banyak kali aku didedahkan dengan pengisian sebegini tetapi aku rasa bagaikan baru semalam aku didedahkan. Bagus sekali aku mendapat menjana semula pemikiran aku agar menjadi segar kembali. Bukan aku sahaja tetapi aku lihat ramai ibubapa seperti aku mengangguk-angguk bagaikan setuju dengan apa yang dilontarkan oleh sipemudahcara malam tadi. Kadang-kadang kita bukannya tidak mahu buat apa yang disarankan oleh sipemudahcara tersebut bahkan kita semua berusaha untuk melakukannya dan kekadang sudah menjadi adat manusia terlalai sekejap maka tersandung le lalu baharu terperasan dan teringat kembali apa yang telah disemai di dalam diri.


Perubahan perlu ada kepada kita untuk mencapai sesuatu kejayaan dan perubahan boleh berlaku dengan beberapa perkara antaranya :
  1. Kesedaran
  2. Saingan
  3. Paksaan
  4. Sukarela
  5. Cemburu
  6. Dan lain-lain lagi.
Sebagai manusia biasa kita mesti berubah seperti riwayat yang mengatakan "Hari ini kita mesti lebih baik dari semalam". Jika kita ingin berjaya kita memaksa diri kita untuk berubah seperti jika kita dahulu malas kita berubah menjadi rajin dan seumpamanya. Secara tidak langsung ia telah menanam sesuatu keazaman di dalam diri aku betapa aku perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari sekarang agar aku dan keluargaku mencapai kejayaan duni dan akhirat.


Jangan berputus asa! satu lagi semangat baharu yang tertanam di dalam diri aku. Jangan sekali-kali mengaku kalah dan setiap orang berpeluang untuk menang dan mencapai kejayaan. Apa jua yang ada pada diri kita adalah pemberiaan Allah dan setiap pemberian dariNya adalah satu nikmat dan rahmat oleh itu gunakan setiap kelebihan yang ada untuk kita mencapai matlamat dan cita-cita kita kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. 

Secara keseluruhannya apa yang aku dapat malam tadi menyegarkan kembali apa yang selama ini telah bertepu di dalam diri ini dan aku harap ia akan menjadi inspirasi baharu di dalam kehidupan  agar aku dapat  mengaplikasikan di sepanjang perjalan hidup sebagai hamba di dunia yang fana ini.

Friday 6 May 2011

Kau pergi jua......

Jam 3.00 pagi, aku dikejutan dengan deringan ton telefon bimbit aku. Ada sms rupanya. Aku mendapat berita tentang salah seorang sahabat aku yang telah berusia sekitar 60an, Aku lebih gemar memanggilnya Wak Selamat Kopi. Dia adalah seorang sahabat yang baik bagi aku kerana sifatnya yang suka tersenyum dan suka bergurau setiap kali aku berjumpa dengan dia tidak kira walau di mana sahaja bahkan bila bertembung sewaktu menunggang motor pun ia masih sempat bergurau dengan aku.

Selepas ini tiada lagi panggilan Wak! kabare dan akan dijawab dengan nada gurau waras alah keras..... dah ajal dia setaka hari ini. Aku akan mendoakan semoga roh dia akan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Bagi kita pula yang masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat dan mendengar ini marilah bersama-sama muhasabah diri agar kita mendapat hidayah dan memperbaiki diri masing-masing agar sewaktu ajal kita tiba, kita dapat pergi dangan aman dan mendapat keredahan dariNya..

Thursday 5 May 2011

Aku melawat sekolah.....

Hari ini 5 Mei 2011, aku berpeluang melawat ke sekolah di sekitar tempat aku bertugas. Seronok rasanya aku bila dapat menjejaki kaki ke sekolah tersebut walaupun ia bukan sekolah lama aku, cukuplah mendatangkan memori sewaktu aku kat sekolah dahulu.

Ternyata amat berbeza susana zaman sekolah aku dengan sekolah sekarang dan murid-murid sekarang lebih berani berbanding dengan zaman aku bersekolah dahulu. Fasiliti sekolah pun sudah banyak berbeza berbanding dengan zaman kita orang dahulu. Bertuah mereka yang bersekolah di zaman ini.

Apa-apa hal aku ucapkan tahniah dan syabas kepada para guru dan juga cikgu yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada aku sehingga aku mnejadi manusia.. aku sayang cikgu!. Kepada para pelajar di luar sana jangan hampakan ibubapa dan musnahkan harapan para guru yang mendidik kita dengan penuh dedikasi, jasa guru tidak boleh dibayar dengan titisan air mata hampa tetapi biarlah dibayar dengan linangan air mata kejayaan berganda dunia dan akhirat.

Wednesday 4 May 2011

For u library....

Hari ini aku try buat satu modul khas program motivasi library dengan pelajar UPSR. First time aku buat untuk jabatan aku kerana selama aku berkecimpung di dalam dunia ni, banyak modul yang aku buat untuk jabatan lain, so aku kena try buat yang terbaik untuk library aku.

Fuh! memang aku tunggu saat ni, sebab memang lama dah aku nantikan nak berbakti kat jabatan sendiri.. ya le sampai bila asyik nak berbakti di tempat orang. Bak kata pepatah Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu kena batu pun tak sakit daripada dihujani emas membuat kita lemas.

Aku dok tengah fikir ni, boleh ke modul aku diterima ya?... ahaa aku mesti cuba yang terbaik dan aku yakin jika aku buat ikhlas dan tiada niat sampingan pasti Allah akan menolong aku.

So jangan melengah lagi baik aku cuba try yang terbaik dan bentangkan kat mereka yang bertanggunjawab untuk menelainya, kalau diterima Alhamdulliah jika tidak bukan rezeki aku dan aku akan terus mencuba lagi dan lagi dan lagi keranan perjuangan tak selesai sehingga ke titisan darah yang terakhir... fulamak! macam nak pergi perang dia punya semangat.....

Salam Perkenalan....


Salam pertemuan dengan semua yang berada di luar sana..
Hari ini lahirlah blog aku yang tidak seberapa ini.
Tujuan aku menghasilkan blog ini adalah untuk berkongsi informasi dengan semua makhluk yang ada di luar sana bagi mengeratkan persaudaraan antara kita semua tidak kira bangsa dan agama.
Semoga kalian semua sudi bersama-sama dengan aku di ruangan ini....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...