Thursday 28 July 2011

Ramadhan datang lagi......


Syaban sudah sampai ke penghujung ramadhan telah hampai menjelma, apakah kita semua telah sedia menghadapinya. Kalau kita tanya semua dari kecil hingga dewasa mesti jawapan sama iaitu telah bersedia untuk berpuasa, puasa yang bagaimana adakah cukup hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja dan bagaimanakah persiapan kita dalam mengahadapi bulan ramadhan ini yang sebenarnya. Ramai yang tersalah sangka dengan kehadiran bulan ramadhan ini kerana mereka lebih fokus kepada lapar dan dahaga sahaja. kekadang aku juga keliru dengan diri aku ini seorang manusia yang lemah kerana kerap kali apabila ramadhan menjelma fikiranku hanyalah lapar dan dahaga sahaja. ramadhan adlah seuatu bulan yang besar maknanya kepada kita kerana ia adalah satu bulan khusus untuk umat akhir zaman menikmati dan mengamalkan apa ynag telah dituntut oleh Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W. Amalan kebaikan yang kita lakukan di dalamnya akan digandakan pahala olehNya seumpamanya perbuatan yang sunat pahalanya disamankan dengan perkara yang wajib sewaktu bulan biasa kita lakukan dan perkara yang wajib akan digandakan berkali-kali ganda dan Allah tidak pernah lokek kepada hambanya yang berbuat kebaikan.  Aku sendiri mengharapkan ramadhan kali ini membawa erti yang besar di dalam kehidupan aku kerana aku tidak pasti adakah aku akan bertemu lagi dengan ramadhan pada akan datang. Pernah aku mendengar daripada seorang guru yang memberi tazkirah katanya "ramadhan kali ini kita ambil kesempatan untuk memenuhi aktiviti kita dengan kebaikan dan amalan yang baik untuk diri, orang dan Allah seperti kita tidak akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan akan datang kerana dalam setahun hanya ada sebulan sahaja Ramadhan dan dalam sebulan itu hanya terdapat satu malam sahaja malam Qadar yang mana jika kita beramal di malam tersebut pahalanya seumpama kita beramal seribu tahun". Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan dan hamba kepadaNya yang memperolehi rahmat dariNya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Aduhhhh!!!!! Beginikah kawan?..

Kawan memang adalah tempat kita berteman di dalam sesutu hal yang penting atau perkara yang biasa. Kawan boleh dibahagikan kepada beberapa perkara yang kita fikirkan berkenaan iaitu kawan sejati, kawan rapat, kawan biasa, kawan special dan sebagainya. Kawan yang paling sukar dicari adalah kawan sejati yang mana in sanggup bersama kita walaupun di dalam apa keadaan sekalipun samada susah ataupun senang, tawa ataupun nangis, duka ataupun gumbira. Kawan yang mudah ditemui adalah kawan Sekejap yang hanya menjadi apabila ada sesutu perkara yang dia inginkan daripada kita umpamanya disaat ia memerlukan kita untuk menjayakan sesuatu agenda demi kepentingan dia, kawan makan apabila ia mempunyai duit untuk membelanja kita makan, kawan ketawa apabila berlaku disaat gembira sahaja, kawan makan kawan apabila ia telah mencapai hajat yang diinginkan daripada kita dan lngsung tidak memperdulikan kita setelah ia berjaya mencapai objektifnya. Secara keseluruhanya kawan adalah salah satu elemen terpenting di dalam kehidupan kita sepanjang hayat kerana apabila kita mempunyai kawan bererti kita hidup selari dengan apa yang telah ditentukan Illahi iaitu setiap kehidupan ini adalah berpasang-pasangan. bagi yang telah berumahtangga kawan yang paling rapat adalah suami ataupun isteri dan juga anak-anak mereka tempat mereka membina kasih sayang dan meluahkan apa sahaja masalah dan sebahagianya demi kehermonian keluarga dan masyarakat.

Tuesday 26 July 2011

Kenangan Terindah....


22-24 Julai 2011 memang membawa seribu kenangan yang tidak dapat aku dan geng P lupakan kerana sepanjang kita orang mengendalikan program Pintar tidak pernah terasa betapa hebatnya suasana dan kesempurnaan dalam mengendalikan progam tersebut. Masjid Jame' Sungai Abong Muar, ,menjadi saksi dan distinasi yang tidak akan aku dan geng-geng lupakan sepanjang hidup ini. Seingat aku ini adalah program Pintar yang pertama dibuat di dalam masjid. Program kali ini juga di bawah kendalian UB sebagai Pengarah Program yang dedikasi dan sporting serta UA sebagai KF. Kombinasi ini aku perhatikan amat serasi dan sesuai untuk geng P ini pergi jauh selagi niat di hati hanya kepada yang Satu. Begitu juga dengan sambutan dan kemesraan penduduk dan jemaah masjid yang melayan kami membuatkan kami terharu. Semoga jasa baik mereka akan dirahmati oleh Allah dan akan mendapat balasan yang setimpal dengan jasa dan pengorbanan mereka.

Program bermula pada jam 5.00 petang dan aku serta geng P telah sampai awal kira-kira jam 12.12 tengahari. Apabila sampai sahaja kami telah menjamu selera nasi putih berlaukan ikan masak asam pedas memang kaw... selesai makan tengahari, rupanya jamuan tesebut telah dibayar oleh Timbalan Pengerusi Masjid, semoga ia akan ditambahkan rezeki dan kemakmuran usianya. Selesai makan aku dan geng P terus menantikan waktu zohor untuk solat Jumaat bersama dengan kariah di situ, apa yang dapat aku perhatikan memang ramai orang yang bersolat Jumaat disitu tidak seperti di tempat aku. Secara rambang mungkin lebih seribu orang rasanya. Selepas Jumaat aku dan geng P meneruskan tugas loading barang-barang yang patut dan membuat persiapan teknikal di ruang tengah masjid. Program kali ini terpaksa dijalankan diruang solat masjid kerana tempat yang sewajarnya tidak dapat digunakan kerana masalah teknikal.

Jam lebih kurang pukul 4.30 petang pendaftran pun bermula sehinggalah ke pukul 5.15 petang pendaftaran telah ditutup. Sasaran yang dianggarkan seramai 100 orang tidak tercapai, hanya lebih kurang 45 orang sahaja yang hadir mendaftar sebagai peserta. Walaupun 45 orang peserta iaitu 25 perempuan dan 20 lelaki ia sudah memadai untuk aku dan geng P untuk meneruskan program tersebut... kerana aku dan geng P yakin ada hikmah disebaliknya.. kerana ini semua ketentuan Allah.

Seperti biasa AKK akan mengambil slot yang pertama iaitu taklimat program dan sesi pengenalan Fasilitator kepada para peserta. Selesai taklimat penyerahan bahan amanah dijalankan dan seperti biasa aku akan mengambil bahagian bagi slot ini dan kali ini agak terasa susah juga untuk aku menghuraikannya kerana bahan yang digunakan agak berlaianan dari biasa, dan aku cuba yang terbaik agar mereka memahaminya. 

Selesai sahaja sesi taklimat program diteruskan lagi dengan slot Ice-Breaking secara kumpulan yang besar yang dikendalikan oleh rakan aku MA. Format slot ini diubah iaitu seacra berasingan group lelaki dan wanita bagi menjaga tatasulita pencampuran. group wanita telah dikendalikan oleh kakak-kakak fasilitator wanita dan untuk kumpulan lelaki aku dipertanggunjawabkan untuk proses takruf tersebut. Oleh kerana masa yang diberikan terlalu terhad maka proses ini terpaksa dilakukan dengan sederhana bagi memenuhi ruang masa yang telah ditetapkan. 

Selesai sesi Ice-Breaking, para peserta dibenarkan untuk membuat persiapan diri dan makan malam sebelum solat maghrib berjemaah bersama penduduk sekitar. Selesai solat maghrib program diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh sahabat aku bernama MA dan sungguh bersemangat dan menyentuh jiwa nurani kuliah beliau dan yang paling membanggakan disaksikan oleh masyarakat setempat bukan sahaja peserta bahkan para fasilitator juga terpegun mendengar kuliah beliau, syabas sahabatku.

Slot malam diteruskan lagi dengan Dinamika Kumpulan yang dikendalikan oleh EM yang telah lama aku tidak melihat dia bersama program ini. EM memang ada kelas tersendiri sebagai pengantar slot ini dan slot ini telah mencapai matlamatnya dengan setiap kumpulan telah memberikan persembahan yang menarik dan apa yang perlu ditambahbaikan adalah peserta masih belum dapat membuat persediaan yang rapi apabila proses soal jawab dijalankan. Aku seperti biasa akan diberi ruang dan masa untuk memberi sedikit ulasan dan aku telah menggunakan kesempatan yang diberikan sebaik mungkin. Semangat aku begitu baik sekali pada malam ini dan aku rasakan sendiri bahawa aku lebih berkeyakinan.

Tidur time... inilah saat yang dinanti-nantikan oleh semua termasuk le aku and the geng P. Aku sungguh terharu pada malam itu kerana melihat gelagat geng P ini, tak kira pangkat dan kedudukan kami tidur bersama-sama tanpa tilam yang mewah serta bantal yang empuk hanya berbantalkan kampet-kampet beras sahaja. Inilah yang dikatakan pejuang yang sejati bukan kemewahan yang dicari tetapi restu dari Illahi yang dinanti.

Seawal jam pukul 4.30 pagi kami semua telah bangun bersiap untuk meneruskan aktiviti iaitu Qaimulail bersama penduduk kampung dan diketuai oleh iman masjid tersebut. Selesai slot tersebut para peserta terus menunaikan solat subuh berjemaah dan dihidangan dengan santapan ruhani iaitu kuliah subuh yang disampaikan oleh THK yang telah biasa mengendalikannya. Program diteruskan lagi dengan acara rengangan otot yang dikendalikan oleh AKK yang begitu bersemangat dan menarik perhatian oleh sesorang iaitu seorang cikgu dari kawasan tersebut serta terus menempah untuk projek akan datang agar program tersebut dapat dijalankan di sekolah beliau. Jam tepat menunjujukan pukul 9.30 pagi dan aku punya slot dimulakan iaitu Kembara. Kembara kali ini dijalankan disekitar masjid sahaja dan aku telah mengubah format kembara kepada jejak P sahaja. Jejak P adalah kesenimbungan daripada program kembara aku yang lain hanya ia dijalankan secara serentak dan semua kumpulan dikehendaki mencari CP yang telah ditetapkan untuk menjalakan tugasan yang telah disediakan. Aku bersyukur kepadaNya kembara kali ini berjalan dengan baiknya dan terdapat masalah kecil yang dapat diselesaikan dengan segera, inilah berkhat menjalankan program di rumah Allah semuanya dipermudahkan.

Pada sebelah petang program diteruskan lagi setelah selesai solat Zohor dan makan tengahari. Slot rumusan kembara dijalankan bagi mencungkil pengajaran dan pengalaman yang boleh dibuat pengajaran oleh para peserta. Sekali lagi keajiaban berlaku di mana kesemua fasilitator sempat menghuraikan apa yang ingin disampaikan sewaktu tugasan di CP dijalankan agar mereka tidak hilang pedoman serta keliru dengan apa yang telah mereka jalankan sepanjang hari tersebut.



Selesai rumusan satu slot baharu dijalankan mengambil sempena gambaran Lontaran Jamrah, slot dikendalikan oleh THZ dan ia lebih kepada mendidik para peserta untuk membuang sifat-sifat negatif yang di dalam diri mereka. Walaupun kali pertama dijalankan tetapi ia telah melihatkan kemampuan dan memerlukan sedikit penambahbaikan di dalam pelaksanaannya agar menjadi lebih padat dan tepat pengisiannya. Program diteruskan lagi dengan persiapan diri, solat maghrib, kuliah maghrib oleh UB dan solat Isya' berjemaah.

Jam pukul 9.00 malam program diteruskan dengan slot Hidupnya Insan yang dikendalikan oleh UA yang memang pakar di dalam bidang ini. Terdapat sedikit gangguan sistem yang terpaksa ditempuhi, walaupun begitu program dapat diteruskan dan seperti biasa hasilnya memuaskan. Kalau dah hero mesti le dapat kejayaan yang cemerlang.

Secara keseluruhannya program kali ini adalah yang terbaik pernah aku sertai dan sememangnya berkah dari Allah yang maha berkuasa telah banyak membantu kami demi mencapai objektif program ini. Tahniah kepada semua yang terlibat memang benar apabila perjuangan atas dasar keikhlasan ia akan mendatangkan satu kepuasaan yang sukar diungkapkan.....


Friday 22 July 2011

Sepanjang perjalanan...

Salam semua apo kabo... lamo dah aku tak tulis kat sini ni... kekok lak rasanya, alah cuba je le mana tahu datang idea nak tulis sesuatu kat sini, mungkin pengalaman aku sepanjang perjalanan aku ke sebuah bandar di pertengahan negara,  boleh kot dikongsi bersama. Aku bergerak pada 9 Jun 2011 tepat jam 4.15 pagi dan terpaksa berpatah balik setelah aku menyedari bahawa sesuatu dokumen penting tidak aku bawa bersama, setelah aku mengambil dokumen tersebut aku pun meneruskan perjalanan.

Perjalanan diwaktu pagi memeng best sangat kerana cuaca ketika itu amat nyaman inilah anugerah Allah kepada makhluknya. Jam 4.45 am aku sampai ke rumah orang tua aku, aku singgah untuk mengambil Abah aku yang akan menemani aku ke sana. Biasalah bila aku bersama Abah aku mulalah kami bergurau senda yang biasa kami lakukan setiap kali aku berjumpa danganya. Bapa aku memang sporting dan dah menjadi seperti kawan aku yang sejati, I LOVE U Abah. Abah juga banyak memberi semangat dan keyakinan kepada aku untuk aku meneruskan impian dan cita-cita aku ini thanks u Abah. Kami meneruskan perjalanan melalui lebuhraya utara selatan bermula dari pekan yang terkenal dengan barangan pasu dan bunga.

Jam telah menunjukan jam lebih kurang 5.45 pagi kami pun berhenti singgah untuk solat Subuh berjemaah di salah satu perhentian iaitu RNR Pagoh, tidak ramai lagi orang cuma ada beberapa orang sahaja, mungkin keranan masa masih awal lagi. Seperti biasa bila berjemaah aku le yang akan diangkat menjadi Imam, mengiggil aku dibuatnya keranan aku budak baharu belajar!. Selesai solat kami pun sarapan dahulu di situ, biasale sarapan di RNR nak tak nak kena juga le.. akan bersambung...

Seruan jihad...

Jam pukul 9.44 pagi, aku sedang membuat persiapan dan semakan akhir.untuk berkampung di Masjid Jamek Sungai Abong, Muar sehingga 24 Julai 2011, seperti biasa aku dan rakan-rakan aku akan menjalankan tanggunjawab kami sebagai orang yang dijemput untuk menjalankan program Kem Motivasi Anak Soleh anjuran Masjid tersebut. Ini adalah kali pertama kami menjalankan program di bawah anjuran pihak masjid. Bersyukur kepadaNya persiapan modul nampaknya telah tersedia rapi di pen drive dan kepala otak aku ini. Aku berharap semoga Allah akan memberi pertolongan agar dipermudahkan segalanya sepanjang kami berada di sana. Ya Allah berilah kami kekuatan dan keazaman serta berilah kami panduan dan kekuatan iman dan takwa bagi kami menjayakan program ini kerana ini adalah salah satu tanggunjawab kami sebagai khalifah di muka bumi ini untuk berbakti dan meneruskan perjuangan rasulMu bagi mempertabatkan Islam di mukabumi ini.

Selesai sudah.....

Jumaat 22 Julai 2011, berakhir sudah majlis tahlil dan doa selamat kat tempat keje aku  ni. First time kena pegang Ketua Biro Kerohanian, so aku cuba buat sesuatu yang terbaik untuk mereka semua walaupun ia bertentangan dengan kehendak naluri dalaman aku. Walaupan perkara ini sesuatu yang bidahah kata sesetengah kawan-kawan aku, bagi ia boleh dijalankan kerana di dalamnya tidak terdapat perkara-perkara yang melanggar syariat islam. Majlis ni bermula dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai dan ikuti dengan berzikir dan berakhir dengan bacaan doa. Itu sahaja yang kami jalankan. Semoga apa yang kami jalankan ini akan mendapat keredahan dariNya, hanya Allah yang maha mengetahui.....

Saturday 16 July 2011

Peminat Liverpool....

Tu dia peminat fanatik Liverpool.. menyambut kedatangan wira-wira mereka.. Bila direnung kembali ada dua pandangan yang boleh kita katakan iaitu :

Pertama : Bila ada kualiti tentu ada pemerhati dan mesti ada peminat tersendiri

Kedua : Bila masanya lagi kita ingin dipuja seperti ini..

Akhirnya....

Seronok juga nampak kau ni pakai baju Liverpool, harap-harap kau akan bawa sinar kat kelab yang aku minat ini ke mercu kejayaan.........

Karenah orang

Susah juga ya nak mendunga karenah orang ni. Semua orang merasakan dirinya hebat belaka, sampai tak boleh kena tegur sikit. Nak buat macam mana kalau dah orang itu macam tu. Kita juga yang susah sebabnya kita yang terpaksa hadapi nak tak nak kena juga kita bersemuka dengan mereka ini. Mana taknya dah kita hidup kat dunia kan mestilah sentiasa menghadapi orang ramai dan kerenah mereka yang pelbagai. Kalau kita nak layan memeng penat diri kita sendiri, lebih baik kit diamkan sahaja. Mereka semua dah ada otak serta akal yang mampu untuk mereka gunakan sebagai daya pemikiran mereka. Oleh itu pandai-pandailah kau orang nak berfikir dan bertindak secara rasional sebagai apa yang telah dipertanggunjawabkan kepada kau oarang, malas aku nak layan lagi orang yang tidak mampu untuk berfikir dan bertindak secara matang....

Tuesday 12 July 2011

Kematian Satu Yang Dekat....1st

12 Julai 2011, hari ini aku terasa nak menulis lah pulak kat sini, terasa kekok lak aku ni sebab dah lama tak menulis kerana aku terasa hilang tumpuan kepada blog aku ni sejak beberapa hari yang lalu. Hari ini aku terasa bersemangat untuk menambah bahan di dalam blog yang tidak seberapa ini. Cerita aku hari ini pun tak berapa hebat sangat kerana aku pun sebenarnya tak tahu nak menulis apa kerana aku sememengnya tengah ketandusan idea dan bahan tulisan, tapi yang aku nak ceritakan pada ruangan ini pada hari ini adalah pengalaman aku pagi tadi sewaktu aku di dalam perjalanan ke tempat kerja. Perkara ini memeang kerap kali kita terlupa atau memang kita terlupa.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan kisah kematian yang akan datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Bila berbicara tentang kematian pasti semua akan terdiam sejenak membisu dok memikirkan diri sendiri yang tidak tahu bilakah ajal akan menjelma walau sehebat mana pun orang itu ia tetap tidak akan dapat megetahui bilakah nyawa mereka akan diambil semula oleh Allah. Nyawa yang kita ada adalah milik Allah yang telah meminjamkan sementara kepada kita untuk kita berbakti kepadaNya dan mengumpul sebanyak-banyak amalan yang baik untuk dijadikan pertukarkan rahmatNya di akhirat kelak. Apa yang aku tersentuh adalah kelalaian diriku ini tentang betapa sombongnya diri kita ini selagi nyawa masih ada bersama kita sehingga kita merasakan bahawa dunia ini aku yang punya kerana dengan nyawa yang dipinjamkan ini kita masih lagi hidup lebih berlandaskan nafsu daripada keimanan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...