Thursday 28 July 2011

Ramadhan datang lagi......


Syaban sudah sampai ke penghujung ramadhan telah hampai menjelma, apakah kita semua telah sedia menghadapinya. Kalau kita tanya semua dari kecil hingga dewasa mesti jawapan sama iaitu telah bersedia untuk berpuasa, puasa yang bagaimana adakah cukup hanya sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja dan bagaimanakah persiapan kita dalam mengahadapi bulan ramadhan ini yang sebenarnya. Ramai yang tersalah sangka dengan kehadiran bulan ramadhan ini kerana mereka lebih fokus kepada lapar dan dahaga sahaja. kekadang aku juga keliru dengan diri aku ini seorang manusia yang lemah kerana kerap kali apabila ramadhan menjelma fikiranku hanyalah lapar dan dahaga sahaja. ramadhan adlah seuatu bulan yang besar maknanya kepada kita kerana ia adalah satu bulan khusus untuk umat akhir zaman menikmati dan mengamalkan apa ynag telah dituntut oleh Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W. Amalan kebaikan yang kita lakukan di dalamnya akan digandakan pahala olehNya seumpamanya perbuatan yang sunat pahalanya disamankan dengan perkara yang wajib sewaktu bulan biasa kita lakukan dan perkara yang wajib akan digandakan berkali-kali ganda dan Allah tidak pernah lokek kepada hambanya yang berbuat kebaikan.  Aku sendiri mengharapkan ramadhan kali ini membawa erti yang besar di dalam kehidupan aku kerana aku tidak pasti adakah aku akan bertemu lagi dengan ramadhan pada akan datang. Pernah aku mendengar daripada seorang guru yang memberi tazkirah katanya "ramadhan kali ini kita ambil kesempatan untuk memenuhi aktiviti kita dengan kebaikan dan amalan yang baik untuk diri, orang dan Allah seperti kita tidak akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan akan datang kerana dalam setahun hanya ada sebulan sahaja Ramadhan dan dalam sebulan itu hanya terdapat satu malam sahaja malam Qadar yang mana jika kita beramal di malam tersebut pahalanya seumpama kita beramal seribu tahun". Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi pemangkin kepada kita untuk menjadi insan dan hamba kepadaNya yang memperolehi rahmat dariNya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...