Monday 13 June 2011

Tugasan satu dah selesai...

Malam Sabtu yang lalu 11 Jun 2011, satu program telah aku jalankan untuk memenuhi hasrat pengerusi masjid aku yang baharu. Walaupun serba ringkas, yang lebih penting matlamat tercapai walaupun tidak keseluruhannya. Banyak perkara yang telah diluahkan oleh orang-orang tertentu yang selama ini dipendam di dalam hati, cuma aku sahaja yang tidak dapat peluang untuk meluahkan apa yang terbuku kerana tugas aku ditukar pada saat akhir, dia orang macam dah tahu lak aku punya luahan, tak apa bagi aku Allah maha mengetahui ada hikamh disebaliknya. Malam tadi aku ditanya lagi oleh pengerusi tentang perancangan untuk mengadakan mesyuarat AJK pulak. Aku on aje kerana ini mungkin peluang aku yang kedua, semoga Allah akan memberi aku kesempatan untuk melahirkan apa yang terbuku di hati selama ini. Dalam perancangan hari Rabu malam Khamis ini akan diadakan mesyuaratnya dan aku ditugaskan untuk membuat surat panggilan mesyuarat semua AJK Masjid. Hari ini aku akan cuba siapkan dan malam ini juga aku cuba edarkan kepada mereka yang terlibat, so jumpa di sana........ akan bermulalah tugasan ke dua.......

Di mana kesedaraan...


Pagi tadi aku melalui satu pekan yang memang terkenal di serata negara dan aku melalui tempat yang biasa menjadi tumpuan orang ramai apabila hujung minggu tiba. Saban minggu aku melalui tempat yang sama dan pemandangan yang sama juga akan aku lihat tiada perbezaan dari minggu ke minggu yang lain. Isunya bukan aku nak menyibuk atau menjadi sang pembersih atau juga menjadi pengomen cuma apa yang aku terpandang tidak sedap dilihat kerana status kita sebagai pengguna yang rata-ratanya adalah orang melayu islam yang telah dididik oleh Rasul kita melalui hadis dan Al-Quran tentang kebersihaan. Tanggunjawab ini mesti dipikul bersama sama ada pembeli atau penjual dengan bertanggunjawab ke atas sampah masing-masing, walaupun berkemungkinan kita telah mengeluarkan modal untuk pembersihan, kan lagi elok jika kita yang buat kotor kita yang bertanggunjawab membersihkannya maka sempurnalah semuanya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri.. teringat kata-kata seorang teman "orang yang suka membuang sampah merata-rata adalah seorang yang tidak ada kesedaran sivik dan suka menyusahkan orang lain"


Wednesday 8 June 2011

Aku dilantik lagi....

Semalam 7 Jun 2011, bermulalah tugas pertama aku sebagai setiausaha Masjid di kampung aku, beberapa kali aku telah menolak tawaran untuk dilantik sebagai setiausaha tetapi akhirnya mereka berjaya menyakinkan semua orang-orang yang berkenaan untuk meletakkan nama aku sebagai setiausaha masjid yang baru. Tugas pertama aku adalah memanggil dan mengatur satu mesyuarat AJK Masjid dengan seluruh penduduk kampung. Semalam aku terpaksa mengupah anak-anak aku dan anak kawan aku untuk mengedarkan surat jemputan kepada penduduk kampung. ini adalah satu cabaran bagi aku, nak tak nak aku kena bertanggunjawab memegang amanah yang diberikan, aku yakin ini semua telah ditentukan oleh Allah.

Apa yang aku yang bermain dibenak kepala aku adalah, semakin aku ingin melarikan diri dari perkara ini semakin dekat lak perkara sebegini datang kepada aku. Baru-baru ini ada orang telah meluahkan perkara yang sama kepada aku tentang ketandusan pemimpin di dalam satu persatuan dan juga kumpulan yang telah lama wujud di tempat kediaman aku, akhirnya aku dapat mengelak apabila aku mencadangkan nama-nama yang hebat kepada sipengadu tersebut. Aku berdoa semoga krisis yang sedang melanda akan kembali selesai dan beberapa perkara yang agak mengusarkan penduduk kampung akan terlerai tanpa aku menjadi lagi orang pilihan............... ha! ha! ha! Aku kini ingin bebas .... sebebas burung berterbangan di angkasa.....

Esok dah nak tiba...

8 Jun 2011 bermakna hanya tinggal 1 hari lagi untuk aku mendaftarkan diri aku ke satu tempat yang aku telah impikan selama ini, semoga semunnya akan dipermudahkan olehNya. Jam 4 petang aku masih kat ofis lagi so aku ambil le sikit masa untuk mencoretkan perasaan aku hari ini betapa gelisah melanda di dalam diri ini, wow sungguh hebat getaran diri ini melanda kerana semuanya 1st time aku akan harungi... kwang2 klu aku kongsi tentu korang tak percaya semuanya 1st time aku lalui esok

1st time aku memandu jauh bersama keluarga ke Shah Alam ...
1st time aku akan mendaftar diri ke sebuah IPT yang aku sendiri tidak menduga...
1st time aku akan menjadi pelajar IPT walaupun dah berusia..
1st time aku akan mengharungi jalan Kota ibu negara yang aku gentar..
1st time aku akan memandu seorang walaupun ada Abah aku disebelah...
1st time aku akan ............................................................

Segala-galanya 1st time bagi aku ......... Semoga aku akan dipermudahkan olehNya......

Pusing-pusing.....

Arrrrgggggg!!!....... hari sudah 7 Jun hari Selasa, aku masih macam ni lagi terasa semakin gementar dan mengigil kesejukan takut atau kesejukan gembira hanya Allah yang mengetahui. Fikran kau sebenarnya dah kurang karuan kerana banyak perkara yang aku fikirkan, semakin hari semakin aku terasa debarannya....Uhhhhhh!!! aku betul-betul suka bercampur curiga dengan apa yang aku lakukan ini.... Ishhhhhh!!! apahal lak aku ni semakin dekat semakin gelisah lak macam nak nikah satu lagi lak... bukanya aku nak nikah lagi ni kan nak belajo... cekop je le dah berani buat berani le tanggung ... kalau tak rugi le aku punya duit dah bayo tu ... yurangnya RM1k lebih tu.....

Friday 3 June 2011

Memburu Impian


lagu ini memberi aku semangat yang baharu di dalam kehidupan aku. Aku sebenarnya ada impian yang selama ini aku pendamkan dan pada hari ini aku telah sebelah kaki berada di dalam impian aku. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberi aku petunjuk untuk aku meneruskan impian aku ini walaupun pada mulanya aku rasa terkeliru dan was-was dalam menghadapinya. Semoga ia akan manjadi titik tolah anjakan paradigma di dalam kehidupan dan impian aku. Selamat Berjuang....................

Kembali Dari TOT Jurulatih...

30 hb Mei 2011 Isnin tamat lah sudah TOT yang aku tempohi sepanjang 4 hari 3 malam di RBR Kuala Rompin Pahang, seperti biasa aku dan para sahabat aku yang ditugaskan menjadi jurulatih Treking telah membentangkan apa yang telah kami ajarkan kepada para pelajar semester yang lepas. sebagai manusia banyak manafaat yang aku perolehi daripada tot kali ini kerana banyak ilmu dan kelemahan yang selama ini aku lalui disepanjang kelas aku berlangsung. Hasil permerhatian aku sebenarnya banyak yang aku perlu belajar lagi untuk aku menjadi jurulatih yang terbaik kerana sebagai jurulatih kita bukan sahaja perlu melatih tetapi kita juga perlu mendidik pelajar kita agar mereka menjadi pelajar yang berjaya serta berketerampilan dalaman dan luaranya.

Bila direnung begitu besar tanggunjawab dan amanah yang terpikul dibahu aku ini bagi melaksanakan amanah ini. Bukan sekadar mengajar dikelas dan cukup tempoh kita buat tuntutan elaun mengajar. Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita melaksanakan sesi pengajaran tersebut agar ia mencapai objektif universiti serta KPT dan yang paling utama bagaimana para pelajar dapat membawa ilmu yang kita berikan di dalam kehidupan mereka sejajar dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan mahasiswa/i yang berkualiti sepenuhnya.

Bertuah juga aku kerana mengikuti TOT ini kerana sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi ilmu dengan pakar-pakar terutama dengan mereka yang telah berpengalaman luas di dalam bidang ini, dapatlah juga aku mengambil sedikit ilmu mereka dalam mengendalikan kelas itu nanti. Bulan September kelas akan bermula jadi ada 3 bulan lagi untuk aku membuat persediaan sebelum aku menjadi jurulatih lagi. Walaupun aku telah masuk semester yang ke 5 dalam bidang ini, perasaan berdebar-debar masih ada lagi di dalam hati ini. Apa-apa pun akan aku teruskan juga kerana aku berani menyelam di dalam laut mestilah aku berani meminum airnya sedikit...

Wednesday 1 June 2011

Lama menghilang.....

Selamat kembali aku ucapkan kepada diri aku di ruang maya ini, dah lama aku tak berkesempatan nak mencoretkan sesutau di ruangan ini kerana kekangan masa dan kesibukan aku menguruskan sesuatu yang semuanya datang secara mendadak serta bertindih antara satu sama lain. Terasa kekok pulak aku ni sebab dah lama tak menulis apa-apa di sini. Hari ini telah masuk bulan Jun bermakna kita telah hampir menghabiskan setengah tahun pada tahun 2011 ini. Tempoh 6 bulan pertama ini banyak perkara yang tidak dijangka telah mendatang kepada aku sehingga aku pun merasakan ini adalah tahun yang amat mencabar kepada aku. Banyak perkara yang terpaksa aku selesaikan dengan segera dan penuh berhikmah agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia.

Kebanyakan perkara yang mendatang telah aku selesaikan, hanya satu sahaja lagi yang aku tidak dapat mencari jawapan yang kukuh untuk aku menyelesaikannya, hatiku berbelah bahagi, sudah puas aku berdoa memohon kepadaNya agar diberikan petunjuk jalan mana yang harus aku tempuhi. Allah maha kuasa dan aku tidak mahu berpersangka buruk kepadaNya dan aku akan tetap berusaha dan berdoa semoga Allah akan memberikan aku hidayah serta petunjuk yang kukuh untuk aku mencari jawapan yang kukuh demi masadepan aku dan keluarga aku.

Masa yang diberikan hanya tinggal 9 hari lagi untuk aku mendpat jawapan yang kukuh dari hati aku. Dalam masa 9 hari ini fikiran aku berceramuk menganalisa keputusan yang paling tepat untuk aku buat bagi memberi satu sinar baharu di dalam kehidupanku demi mengejar cita-cita dan impianku selama ini. Pelbagai petua aku dah lakukan tetapi masih payah untuk ku temukan jawapan sehingga terasa susah nak diluahkan. Aku yakin Allah akan membantu aku dalam jangkamasa terdekat ini........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...