Wednesday 12 December 2012

Kena Buat Lagi



Malam ini aku sedang memerah otak mencari idea untuk program kelas Trekking pada minggu ni. Aku ingat dah lepas dah, tidak perlu memerah otak, rupanya tidak sekali lagi, kembara malam akan diadakan. OOOO pening kepala aku dok lagi tadi tidak dapat nak buat apa lagi. Aku rasa tempat ni tempat baru, itu yang buatkan aku pening kepala. Idea tidak masuk ni...

Puh! payah jugak ek....!!! bila x masaukkkk!!! aku pon tak tahule sampai bila idea ni nak masuk. Penat dah aku ni, Mata aku pon dah tidak boleh tahan ni zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Monday 10 December 2012

Cerita kah?

Wah! hari ini sungguh indah sekali, manakan tidak semua orang tersenyum dengan lebarnya, eh! mana ada bukan semua orang sebahagian sahaja.

Oh! begitu kenapa pulak jadi begitu, ya lah kalau semua orang tersenyum itu bukanya nama kehidupan. Kehidupan ini kan ada yang manis dan ada yang pahit oleh kerana itu semua orang menerima rencah hidup yang berbeza. Kalau seorang dapat manis mungkin selebihnya dapat pahit dan kalau seorang dapat pahit mungkin selebihnya dapat manis.

Ooo! begitu ke? patutle setiap hari kita akan nampak rupa manusia yang berbeza sehingga susah kita nak tahu "mood" mereka. Begitu juga kadang-kadang mereka ni berpura-pura, ada yang rasa pahit tapi mereka menunjukan reaksi yang manis begitu juga sebaliknya ada yang dapat manis tetapi mereka menunjukan reaksi masam.

Kenapa begitu? entahlah berkemungkinan mereka ini ingin merahsiakan sesuatu atau menjaga sesuatu yang lebih penting daripada diri dia sendiri. Ish! begitu sekali ya, orang sanggup buat, mungkin demi kebaikan semua pihak atau demi satu perhubungan yang telah lama terjalin.

Wah! kalau begitu susah lah kita nak mengenal hati budi orang, takut kalu kita tengok muka dia manis rupanya hati dia masam dan kita sangka dia masam rupanya hati dia manis.

Mmm! memang betul susah kita nak kenal orang bahkan kawan kita kita susah nak kenal hati budi dia, ish! jangan kata kawan adik beradik pun susah. Hari ini dia "ok" tapi esok lusa kita tak tahu, rupanya dah berubah jadi "KO".

Oh! kalau macam itu kita kena sentiasa berhati-hati, bukan apa bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku, ye lah mana tahu kita terjah je kat orang tu dengan niat bergurau tetapi rupanya dia di dalam keadaan "mood" yang tidak baik habis nanti akan berlaku pentengkaran, betul tak?

Betul tu, begitulah adat dunia kita bukan semuanya sama bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain lagipun rambut kita nampak apa warnanya tetapi hati tersembunyi hanya orang yang bawa hati tu yang tahu hati budi dia sendiri

Cerita lagi..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! ........
Assalammualikum!... assalammualikum!... salamkum...! salamkun!! asssssalamkummmmm!!!!!! ish! mana le orang ni, lagi tadi kita bagi salam tak disapanya... ada orang ke tidak ni.
Tok! tok! tok! sekali ni kalau tak ada orang jawab memang tak ada orang.
Asaaaalaaammm mu'alaikummmmmm!!!!!!!. mm!, memang tak ada orang lah ni kalau macam tu tak apalah esok kita datang lagi mana tahu kalu esok dah ada.

Tanya orang le, mana tahu orang tu tahu :
1. Assalamu'alaikum! apa kabar, sihat?
2. Walaikumusalam! ya baik, sihat.
1. Tumpang tanya boleh?
2. Boleh.
1. Rumah ni tak ada orang ke?
2. Tah tak tahu... tak ada agaknya.
1. Dia pergi ke mana?
2. Manale aku tahu, kau tanya le kat tuan rumah tu.
2. Dah le aku sibuk ni...

Tanya orang lagi kot :
A. Assalamu'alaikum! apa kabar encik? Encik sihat hari ini..
B. Walaikumu salam! alhamdulillah... sihat.
A. Encik! maaf menganggu... boleh saya tumpang tanya?
B. Boleh apa salahnya. Nak tanya apa?
A. Encik tahu tuan rumah ni ada di rumah ke tidak? saya dah beri salam beberapa kali tapi tiada
jawapan.
B. Ooo tuan rumah ni, mmm setahu saya dia macam dah keluar, tadi saya nampak keretanya
keluar, ya pagi tadi.
A. Oh! macam tu ke.. patut le senyap sahaja, mm tak apalah encik terima kasih banyak-banyak,
lain kali nanti saya datang lagi.
B. Mmm! awak ni datang dari mana? ada apa-apa yang saya boleh saya sampaikan pesan?
A. Boleh juga. Tolong beritahu kepada tuan rumah saya kawan dari negeri sebelah datang.
B. Baiklah nanti saya sampaikan.
A. Terima kasih, encik! jumpa lagi.
B. Sama-sama, jumpa lagi.

Fokir-fikirlah mana yang elok heeeeee............................ 

Kem Jom Hijrah

Selamat Datang
Pada 07-09 Disember 2012 aku sekali lagi berpeluang untuk bersama dengan rakan-rakan dari team Pintar menunaikan tanggunjawab sosial bersama anak-anak staf tempat aku mencari makan. Kem kali ni dijalankan di Pusat Pertanian Ayer Hitam tidak jauh dari rumah aku di Machap. Sebelum kem ini bermula sudah ada perkara yang tidak dijangka berlaku di mana salah seorang sahabat aku dan juga tempat aku selalu berbincang tentang modul-modul aku tidak dapat menyertai di atas sebab-sebab tertentu. Pada mulanya aku terasa janggal juga kerana ia seperti pelengkap kepada gerak kerja sampingan kita orang pada waktu malam iaitu mengeteh. 

Pesediaan Kembara
Kali ini aku diberi tanggunjawab untuk membina modul Kembara Jom Hijrah yang berbeza dengan modul kembara aku yang pernah aku buat sebelum ini. Aku bersyukur di atas bantunaNya telah memberi ilham kepada aku sehingga aku dapat membuat beberapa modul yang berbeza dan mendapat maklumbalas yang positif daripada semua Fasilitator yang bertugas. Kebanyakan peserta yang menjalankan tugasan di setiap Check Point pun dapat memahami maksud yang tersirat dengan segera. Lega aku mendengarnya kerana kali ini sememangnya aku ingin mencipta modul yang ringkas, mudah dan padat agar memberi kesan yang lebih mendalam kepada para peserta.

Laluan Kembara

Semuanya berjalan lancar dan cuaca pun pada hari itu tidak panas dan tidak hujan, ini semua kurniaan Allah yang merestui perjalanan kembara kami semua. Perkara yang amat mengembirakan bagi aku adalah penamat kembara ini yang berakhir dengan sempurna dan menepati piwai masa yang telah ditetapkan, terima kasih Allah dan rakan-rakan sekelian kerana telah memberi kerjasama yang baik sehingga kembara kali ini adalah yang terbaik bagi aku.

Orang Kuat Air
Akhir sekali sewaktu pergulungan kembara aku pun dapat melepaskan keinginan aku yang telah lama bercuti dengan memberi penggulungan yang penuh semangat dan sepenuh jiwa demi kebaikan dan masa depan anak-anak bangsa yang seagama dengan aku, tiada lain yang aku harapkan semoga apa yang aku dan sahabat-sahabat aku berikan kepada mereka akan dapat mereka laksanakan demi kemajuan masa depan mereka sendiri, sekali lagi aku ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem Jom Hijrah 2012.


Yakin Boleh dik oiii....



Liverpool Menang Lagi

West Ham 2-3 Liverpool: Shelvey, Cole & Johnson come back to haunt Hammers

The Hammers' academy products net for the visitors as Reds move to within four points of the top four with late comeback after Steven Gerrard's own goal put them behind

 

 

West Ham's famous academy came back to haunt them as three products of their youth system inspired Liverpool to a memorable 3-2 win at Upton Park.

Glen Johnson scored a stunning opener against his old club to put the visitors ahead in the 11th minute before the Hammers hit back to take the lead at half-time through Mark Noble’s penalty and a Steven Gerrard own-goal.  Sumber http://www.goal.com/en-gb/match/80980/west-ham-vs-liverpool/report


Friday 7 December 2012

Undinese vs Liverpool



Ayam Tambatan
Pagi aku dok menonton perlawanan Undinese vs Liverpool, saja sememangnya aku akan terjaga setiap kali ada perlawanan yang membabitkan team kegemaran aku iaitu Liverpool. Kali ini Liverpool perlu menang kerana perlawanan pertama antara mereka tidak memihak kepada Liverpool. Sudah tentu aku ingin melihat Liverpool menang pada pagi bagi memberi peluang kepada Liverpool untuk meneruskan kemaraanya ke slot kalah mati.
Harap-harap dapat buat terus pagi ini

Sudah 20minit berlalu, aku tidak senang duduk kerana Liverpool masih belum dapat menjaringkan gol, malah Liverpool pula yang banyak diserang dengan percubaan yang bahaya oleh pasukan Undinese.Akhirnya pada minit 21 Liverpool dapat menjaringkan gol oleh Jordan Henderson dan perlu berhati-hati kerana perlawanan masih panjang dan usah berulang persitiwa lalu mendahului dan akhirnya kecundang. Teruskan usaha Liverpool pergi untuk kemenangan.

Gol Kau!

Saja Cerita...

Sipolan sedang duduk di bawah pokok bersebelahan dengan sungai yang mengalir airnya masuk ke bendang sawah sambil merenung kehidupannya. Sipolan masih memikirkan masa depan anak-anaknya yang semakin membesar tentu mereka akan menempuhi satu kehidupan yang mencabar kerana arus kehidupan yang semakin moden.

Sedang Sipolan duduk disitu, ia telah didatangi oleh anak lelakinya,


Anak : Ayah! (Seolah-olah memeranjatkan ayahnya)


Sipolan : Allah! terkejut ayah (Sambil menyusap kepala anaknya)


Anak : Ayah buat apa termenung kat sini?


Sipolan : Oh! ayah tengah duduk ni merenung alam ciptaan Allah ni...


Anak : Ooo, ayah dah makan belum?


Sipolan : Sudah nak, kan tadi kita dah makan bersama-sama.


Anak : Oh! ya .. tidak teringat pulak


Sipolan : Anakku.. boleh ayah becakap sedikit dengan kamu?


Anak : Boleh ayah, cakaplah apa ayah nak cakap?


Sipolan :


Anak ku ayah ingin menasihatkan kamu supaya kamu menjadi anak yang baik, rajin belajar dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Ayah nak kau berjaya nak menjadi ornang yang dipandang mulia bukanya dipandang hina oleh masyarakat. Ayah tidak mahu kau menjadi sampah masyarakat terutamanya menjadi penagih dadah nak, kerana penagih dadah ini amat hina dan membawa kepada kebinasaan nak. Oleh kerana itu untuk mengelakan daripada kau terjerumus menjadi penagih dadah jangan sekali-kali kau mencuba untuk menghisap rokok ya nak, kerana kau masih kecil rokok akan membawa mudarat kepada kesihatan nak dan ayah takut jika kau merokok kau akan terpengaruh untuk mengisap dadah pulak nak... kau faham tak nak apa yang ayah cakapkan...


Anak : Faham ayah, saya berjanji akan mendengar nasihat ayah...


Sipolan : Mm mana pulak ayah letak rokok ni? kau ada nampak rokok ayah tak?


Anak : Tidak! ayah.


Sipolan : Cuba kau carikan kat atas meja tu..


Anak : Ada ayah...


Sipolan : Bawa kemari rokok tu, ayah nak hisap rokok kering rasanya tekak ni tak merokok.


Anak : Baik ayah... Ayah nak tanya sikit?.....


Sipolan : Apa dia?

Anak : Ayah ni nak terjerumus menjadi penagih dadah ke?

Sipolan : ?????

Thursday 6 December 2012

Burger bakar vs Durian




Selesai aku makan burger bakar, kopek pula durian atas permintaan anak dan isteri. Apa yang aku dapat kongsikan sedap mana pun burger bakar tidak dapat menandingi kelazatan durian kerana apabila sahaja isi durian itu melalui tekak ini terus memadam rasa nikmat burger bakar tersebut.


Burger bakar sedap durian pula lazat, bukan sahaja dari segi rasanya bahkan dari baunya sahaja sudah boleh menyebabkan orang terpesona dengan kelazatannya. Walaupun hanya 2 biji untuk malam ini kepuasan jelas terpancar di muka aku dan anak serta isteri aku. Raja buah gelaran yang diberi semamangnya tepat, kelazatanya menghapuskan kesedapan burger bakar, untuk ini aku terpaksa mengakui durian tetap nombor 1 (9/10)


Bakar oh buger bakar!!




Alhamdulillah.. akhirnya malam tadi aku dapat makan burger bakar yang dok sebok diperkatakan oleh rakan-rakan aku di tempat kerja. Aku menikmatinya bersama dengan anak-anak aku yang sememangnya telah aku beritahu supaya menunggu sehingga aku sampai ke rumah, walaupun pada kebiasaanya mereka semua dah tidur. Apa yang dapat aku katakana memang sedap dan menawan selera aku dan anak-anak aku yang begitu suka menikmatinya dan tidak sia-sia aku membelinya.

Burger ni sememangnya menarik dengan aduan dagingnya yang lebih tebal dan lebih terasa isinya serta disaluti bahan-bahan lain yang menjadikan rasanya begitu ketara sekali, ditambah dengan sos yang begitu terasa ke tekak. Kolestrol mungkin berkurangan kerana dagingnya yang dibakar menyebabkan ia mengurangkan lemak. Ia sememangnya berpatutan dengan harga dan namanya sehingga aku difahamkan biasanya orang akan beratur menunggu giliran untuk menikmati burger ini. Puas aku apabila telah dapat merasainya, baru aku boleh berkongsi dengan orang tentang kesedapan burger bakar generasi baru burger kerana selama ini dan mengikut pengalaman aku yang pernah menjual burger, belum pernah aku mendengar burger Bakar. Apa-apa hal pon aku bagi 4/5 bintang untuk burger bakar ini, nice work and nice cook.


Monday 26 November 2012

Suka-suka

Burung Selasih di tepi kotak,
Datang nenek masak kari,
Jangan cakap terlalu gempak,
Tiba masa terus lari.

Pokok jati tegak di hutan,
Tukang datang dibuat titi,
Kenalah kini si anak jantan,
Tidak lari tetap menanti.

Di waktu subuh nampak purnama,
Hendak dicapai terlalu tinggi,
Langkah dan teknik biar sempurna,
Jangan nanti jatuh tersungkur lagi.

Harimau Malaya tidak cukup bertapa,
Sanga singa pula sememangnya handal,
Terketar ketar bukanya apa,
Tidak sabar rasanya nak membedal.

Demi Masa Depan

Semalam aku berkesempatan menghantar anak aku ke salah sebuah sekolah Arab yang agak terkenal di bandar Kluang bersama isteri, anak dan seorang kawan isteri bersama anaknya. Tujuan aku kesana adalah untuk menghantar anak menghadapi ujian kelayakan kemasukan kesekolah tersebut. Hampir seharian kami di sana menanti keputusan ujian tersebut samada anak kami layak ataupun tidak. Alhamdulillah, setelah hampir 6 jam menanti akhirnya keputusan dikeluarkan dan anak kami layak untuk meneruskan pengajian di sekolah tersebut bermula pada 12 Januari 2013. Apa yang menarik perhatian aku adalah semasa taklimat bersama pengetua sekolah tersebut yang telah membuka hati, fikiran dan mata aku. Perkara yang paling utama dan penting nasihat beliau adalah niat menghantar anak kita ke sekolah tersebut perlu dibetulkan dan dikhususkan kepada Allah s.w.t. Ucapan lain, beliau menekankan jika kita ingin melihat anak kita berjaya di dunia dan akhirat, ibubapa dahulu perlu membentuk diri mereka menjadi hamba kepada Allah dunia dan akhirat bagi membantu mumudahkan anak-anak kita mempelajari ilmu Allah, dan yang paling menarik perhatian apabila dia berkata ramai orang yang boleh mencapai kecemerlangan akedamik dan berapa ramai orang yang mampu mengecapi nikmat kejayaan akhirat. 

Aku dan isteri sememangnya telah lama mengharap anak aku akan dapat meneruskan pengajian di sekolah tersebut setelah mendengar dari teman-teman tentang kualiti yang dihasilkan oleh sekolah tersebut. Ibubapa mana yang ingin melihat anaknya gagal dan ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya di dunia bahkan yang paling utama anaknya dapat membantu mereka sepanjang hayat sehingga ke akhirat. Sebagai mana yang disebutkan oleh pengetua sekolah tersebut di mana anak-anak yang soleh dan solehah akan dapat membantu meningkatkan saham ibubapa mereka sehingga ke akhirat. Ketegasan menjadi intipati kaedah pembelajaran disekolah tersebut dan semua mesti berani dan sanggup mengorbankan banyak masa, tenaga dan kos bagi mencapai objektif. Mengalir juga air mata aku bila mendengar taklimat yang disampaikan dan akan aku gagahkan diri aku untuk menempuh dugaan dan cabaran bagi mencapai apa yang setiap ibubapa inginkan terhadap anak-anak mereka. Apa yang mampu aku alakukan sekarang adalah berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Allah semoga melindungi, memberi rahmat, memudahkan dan menerangkan hati anak aku di dalam pembelajaran mendalami kesucian Al-Quran dan Sunnah.


Saturday 17 November 2012

Berlapang Dada

Tanggal 9 November 2012 saat yang ditunggu telah tiba, bukan sahaja aku yang menanti tarikh ini bahkan kawan-kawan aku jugak yang lain. Tarikh ini adalah penentu aku samada aku akan teruskan perjuangan dan impian atau cukup-cukup sudah tidak perlu lagi aku teruskan apa yang telah aku usahakan selama dua tahun setengah. Aku yakin semua kawan-kawan aku pun berdebar-debar, terutama dengan satu perkara yang mencabar kami semua. Alhamdulillah itu yang mampu aku ucapkan kerana ia memberi seribu kegembiraan kepada hidup aku. Keadaan ini memberi aku satu semangat baru untuk aku terus berusaha dengan lebih tekun. Tiada yang mustahil di dunia ini dan Allah maha besar dan berkuasa di atas sesuatu. Allah yang banyak menolong aku walaupun tidak semua permohonan doa aku dimakbulkan tetapi aku yakin telah banyak Allah memakbulkan permintaan aku. 

Akan datang pada tarikh 19 November 2012, sekali lagi aku menanti dengan debar yang teramat sangat, tarikh itu akan membawa satu lagi perkabaran yang tidak dapat lagi diterjemahkan sekarang. Walau apa pun keputusan yang akan diterima aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka kerana keyakinan aku kepada Allah melebihi semua. Aku manusia biasa yang bukan maksum seperti nabi Muhammad s.a.w, ada kalanya tidak dapat juga menahan perasaan kecewa, marah, putus asa dan macam-macam lagi. Bila difikirkan semula, itu semua mainan perasaan yang diselubungi oleh bisikan syatian yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita. 

Apa yang aku mampu lankukan adalah dengan mendidik diri untuk sentiasa bersikap berlapang dada dan sedia menerima kenyataan serta sentiasa yakin setiap apa yang Allah berikan adalah sesuatu yang terbaik bagi hambaNya. Kadang-kadang yang kita rasa baik untuk kita sebenarnya buruk bagi Allah dan yang buruk bagi kita sebenarnya adalah yang baik bagi Allah. Apa yang pasti kita perlu yakin tiap sesuatu yang Allah berikan kepada kita ada hikmah disebaliknya.

Monday 5 November 2012

Hujan Datang lagi

Hujan oh hujan dia dah mai dah, hujan adalah rahmat kepada alam semesta dan doa yang mustajab adalah dikala hujan turun. Aku rasa dah seminggu hujan turun di seluruh kawasan tempat aku berkerja dan tempat penginapan aku. Sana-sini aku tengok air sudah mula naik memenuhi ruang yang sebelumnya kontang. Seperti biasa bila hujan turun pelbagai suara kedengaran, ada yang bersyukur dan tidak kurang yang mengeluh dengan penuh kebimbangan. Pokok pangkalnya apa salah hujan? adakah hujan yang bersalah atau Allah yang menurunkan hujan juga bersalah?. 

Bila kita fikirkan secara mendalam dan dengan penuh keimanan kita akan dapat jawapannya dengan tepat, hujan adalah kurniaan Allah kepada makhluk di muka bumi ini.  

  1. Hujan sebagai rahmat kepada manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura :28 yang bermaksud : "Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. (As-Syura:28). 
  2. Hujan sebagai ujian kepada dan azab kepada umat manusia seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan. (al-A’raaf:84).
  3. Hujan juga sebagai satu keperluan kepada manusia seperti yang tertera di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Hud:52). 
Begitulah antara peranan hujan yang Allah turunkan di atas muka bumi ini yang memainkan peranan demi kebaikan semua makhluk ciptanNya. Sebagai seorang muslim yang sejati dan berkeyakinan dengan kekuasaan dan keagongan maha pencipta kita tidak perlu risau dengan kehadiran hujan yang melimpah ruah ini kerana setiap apa yang Allah kurniakan ada hikmah disebaliknya. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah:216)

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:12)




Saturday 3 November 2012

Ujian yang menguji diri

Setiap manusia akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian bagi menguji keteguhan keimanan dan ketakwaan seseorang bagi menentukan kadar kesabaran dan kekuatan seseorang itu menerima ujian yang diberikan dengan kelapangan dada atau menerima ujian tersebut dengan keadaan marah dan tidak menerima ujian tersebut dengan hati yang terbuka. Aku tidak terkecuali antara yang menerima ujian tersebut selama sebulan aku diuji dengan pelbagai ujian yang perlu aku tempuhi dan hadapai dengan kelapangan dada atau menerimanya dengan pra sangka buruk kepadaNya.

  1. Aku menghadapi sedikit masalah kewangan pada bulan ini.
  2. Aku terpaksa menyelesaikan tugasan di Shah Alam selama 5 hari yang berasingan.
  3. Aku terpaksa berulang alik ke Shah Alam selama 5 kali dalam masa sebulan.
  4. Sewaktu berhenti di RNR aku didatangi oleh seorang pemuda yang memohon bantuan kewangan.
  5. Kereta aku dilanggar oleh orang.
  6. Motor aku rosak.
  7. Sekali lagi aku didatangi oleh sesorang yang memohon bantuan kewangan
  8. Dan pelbagai lagi yang tidak mampu aku menulisnya.
Apa yang pasti semunya terjadi dalam masa sebulan dan diwaktu itulah kewangan aku sedang mengalami kejutan budaya dan perlu diagih-agihkan ke pelbagai perkara dan ini adalah ujian yang benar-benar aku rasakan bahawa ia memerlukan kekuatan untuk kita menempuhinya dan sewaktu ini aku teringat kata-kata seorang sahabat aku "jangan sekali-kali kita berpersangka buruk kepada Allah....."

Konvo datang lagi


Hari ini 3 November 2012 adalah tarikh bermulanya, Majlis Konvokesyen UTHM ke 12. Aku perhati ramai orang yang hadir bagi meraikan majlis ini termasuk ibu bapa dan sanak saudara yang hadir bagi turut sama bergembira bersama dengan mereka bagi meraikan kejayaan yang mereka dapat setelah berhempas pulas memerah otak dan tenaga serta wang ringgit selama 2-4 tahun di UTHM. Tahun ini juga adalah tahun yang bertuah kepada semua warga UTHM kerana dewan ini adalah dewan yang baharu kali pertama digunakan untuk menyempurnakan majlis gilang gemilang ini. Tahniah kepada semua yang telah berjaya dengan cemerlang menunaikan tanggunjawab sebagai pelajar dan semoga keceriaan hari ini tidak akan menitiskan air mata kesediahan dikemudian hari.

Belum menang lagi

 

LIVERPOOL

Kelab bola sepak kegemaraan aku yang telah aku sokong dari tahun 1986 lagi dan sehingga kini aku masih lagi setia menyokong kelab bola sepak berpangkalan di Anfield, England. Walaupun sejak beberapa musim ini yang penuh sejarah mengalami zaman yang dikatakan oleh sesetengah pendapat zaman kejatuhan atau kemalapan tetapi di hati aku masih lagi setia menyokong kelab tersebut. Ramai rakan-rakan aku yang cuba mempengaruhi aku untuk meninggalkan kelab Liverpool dan berpaling arah kepada kelab-kelab lain yang lebih berjaya tetapi ia tidak dapat mematahkan semangat aku untuk menyokong kelab Liverpool. begitu kuat dan hebatnya daya penarik Liverpool kepada aku, bak kata pepatah "Tidak lapok dek hujan dan tidak lekang dek panas". Walau beribu yang hadir kau tetap di hati aku. Teruskan perjuangan sehingga berjaya dan aku yakin kejayaan itu akan diperolehi oleh LIVERPOOL dan akan melekat secara berterusan. Good Luck Liverpool.... Have a nice day!!!!

Salam dan selamat pagi, petang serta malam, semua warga maya yang sangat dikasihi, apa kabar semua orang kampung, apa kabar orang pekan, apa kabar warga desa, apa kabar orang bandar, apa kabar warga felda, apa kabar warga pelajar, apa kabar warga tua, apa kabar warga muda, apa kabar para wanita, apa kabar para ibu, apa kabar para ayah, apa kabar semua guru, apa kabar semua pencinta, apa kabar semua pengaman, apa kabar semua pemimpin, apa kabar semua pendidik, apa kabar semua pekerja dan apa kabar semua yang ada.

Wednesday 8 February 2012

Salam....
Hari pertama berkerja setelah 4 hari bercuti.... wow! itulah yang dapat aku gambarkan perasanan bila kaki aku melangkah masuk ke Ofis aku yang luas ni. Rasa kekok pulak macam tak biasa lah pulak. Pada mulanya aku pon macam dah malas nak bangun pegi ke kerja hari ni, rasa berat lak setelah sekian lama duduk kat rumah bersama keluarga. Wow! kali kedua aku mengembirakan diri aku sendiri untuk memberi semangat kepada aku untuk tidak merasa boasan dengan kerja hari ini dan aku rasa mungkin aku akan seronok sampai waktu balik, kalau tidak teruk nanti aku. Wow! sekali lagi aku berasa bertuah pertarungan aku dengan sahabat baik aku hari ni memihak kepada aku, kalu tidak sayik dia sahaja yang menang, hari ini aku buktikan kepada dia, langit tidak selalu cerah .. ha! ha! ha!.. dan Wow! aku yang ke berapa ni ek aku pon tak tahu, aku merasa seronok kerana aku pon tak tahu kenapa aku sudah berasa happy sahaja bila dah masuk saat kali ni, mood kerja aku mungkin dah nak kembali normal ha! ha! ha!..............

Tuesday 7 February 2012

Salam semua yang di luar sana, lama sudah aku tidak berkarya di alam maya ini, kerana kesibukan dan kesuntukan masa aku asyik terlepas pandang ke atas blog aku ni. Hampir setahun dah rupanya aku tidak menulis kat blog aku ni, sehingga aku rasa macam sudah tidak ada blog. Begitulah manusia seperti aku ni, jika diberi masa dan peluang serta ruang oleh Allah ebanyak mana pun pasti sentiasa tidak cukup sahaja. Pada hal Allah telah memberi masa kepada semua makhluk sama sahaja iaitu 24 jam sehari. Kita sahaja yang tidak cekap mengurus masa dan menggunakan ruang dan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin.Aku adalah salah seorang daripadanya insan yang kurang mahir ataupun sememangnya sudah sikap aku yang kadangkala menjadi seperti kata pepatah hangat-hangat tahi ayam... entahlah tepuk dada tanya diri aku sendiri.Apa-apa pun malam ni tergerak pulak aku nak berkarya sedikit dengan luahan melalui tulisan aku ni.Walaupun sedikit tapi aku harap ia akan menjadi titik tolak kepada semangat aku untuk aktifkan kembali blog aku ini. Bak kata pepatah bila dah selalu ada, bila tiada terasa rindu pulak, rindu untuk mencoret di alam maya ini, seronok rasanya bila dapat meluahkan sesuatu di dalam ruangan ini. Aku rasa cukup untuk malam ini aku nak berehat sebab pagi esok aku nak bangub awal untuk menjalankan tanggunjawab sebagai hambaNya dan juga untuk melayan minat aku. orait... semoga aku tidak akan terus menyepi dan ini menjadi bangkitnya aku bersama blog aku ini.. sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...