Friday 21 October 2011

Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat

Sekadar renungan sebagai sebuah pasukan setiap ahli memainkan dan mempunyai peranan yang berbeza. Perbezaan ini bukan sahaja tertakluk kepada kendiri tetapi juga cara hidup dan masalah di dalam kehidupa masing-masing.

Bagai mencapai keberkesanan kerja berpasukan kita mestilah saling memahami di antara satu sama lain. Sifat mementingkan diri sendiri mesti dikikis kerana sifat ini akan membangkitakn rasa tidak pusahati ahli pasukan yang lain. ”Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana mufakat”

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, kerja berpasukan mesti dibina dengan semangat kerja bersama dengan ahli pasukan dan kita harus memahami situasi dan keadaan serta peranan ahli pasukan kita. Jadikan ahli pasukan kita sebagai pemangkin kepada kesempurnaan kerja kita.

Sekadar renungan untuk diri saya dan dikongsi untuk semua sahabat-sahabat sekelian.

Monday 17 October 2011

Kem Motivasi Pintar Part 1

Program pertama aku selepas berehat selama dua bulan, bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar. Program ini yang dipanggil Kem Motivasi Pelajar Pintar 2011 yang telah diadakan di Kem Air Hitam Muar yang disertai oleh seramai 89 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Comel dan Sekolah Kebangsaan Bindu dari Batu Pahat. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula pada 15 dan 16 Oktober 2011.

Aku dan orang-orang kuat Kem Motivasi ini yang terdiri daripada Ayahanda KK, UA, UB, AK, UH, ARB, SJF dan lima bunga RM telah bertolak awal iaitu pada malam Sabtu. Perjalanan kami bermula dari Masjid. Perjalanan agak lewat dari yang dijanjikan kerana menunggu AK yang lewat sampai. Sebelum bertolak kami mengambil Bunga RM dan seterusnya mengambil ayahanda KK di rumahnya. Selesai acara mengambil semua yang menaiki kenderaan kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami telah singgah di rumah orang tua UA bagi menghantar sesuatu barang di situ. Sepanjang perjalanan menuju ke kem tersebut kami telah melalui satu jalan yang lain daripada yang biasa. Aku pulak telah terasa lapar kerana aku sememangnya belum sempat makan tengahari dan petang. Akhirnya kelaparan aku berbalas apabila UA berhenti makan di satu warong yang menyajikan Sup Kambing dan nasi putih. Selesai makan kami pun terus bergerak ke Kem dan meninggalkan warong tersebut dengan perasaan gembira kerana perut aku telah kenyang. Kasihan mereka yang tidak dapat menjamah Sup Kambing keranan pemilik warung tersebut telah habis jualannya.

Setibanya aku di kem tersebut kami pun terus menuju ke bilik yang telah disediakan, aku sebilik bersama AK dan UA dan kali ini aku bersebelahan dengan AK. Lama sudah aku tidak berborak dengan rakan aku ini. Kami mengambil masa yang ada ini untuk berborak setelah sekelian lama tidak sebilik, sehingga lewat pagi kira-kira jam 3.00 pagi baharu aku tidak sedar, rupanya aku telah tertidur dan tepat jam pukul 5.00 pagi aku terjaga dan terus membuat persiapan untuk berjemaah Subuh di surau yang terdapat di situ. Selesai solat Subuh berjemaah satu taklimat ringkas berkenaan Kembara Minda diadakan, taklimat diberikan oleh PH.


Jam 8.00 pagi seperti yang dijanjikan, perserta akan tiba tetapi seperti biasa kedatangan para peserta lewat dari jadual asal. Program dimulakan dengan sesi taklimat kem oleh ayahanda KK dan sesi perkenalkan fasilitator sebelum sesi ice breking bermula. Sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila peserta memilih nama aku atau gelaran aku PH sewaktu ayahanda KK memberi peluang peserta untuk bersama fasilitator. Aku mengambil kesempatan untuk berbicara ringkas denga mereka sebelum aku melepaskan mereka kepada TZ untuk aktiviti yang dikendalikan oleh beliau.

Aktiviti seterusnya adalah sesi Ice Breaking atau sesi perkenalan antara mereka bagi membentu persefahaman di dalam menjalankan tugasan dan hidup di dalam kem ini. Kali ini TZ telah menyajikan dengan aktiviti baharu iaitu Roda Ta'ruf yang agak menarik dan jarang digunapakai. Aktiviti ini agak menarik dan memerlukan lebih ketelitian dalam pelaksanaannya bgai mengurangkan beberapa kelemahan yang agak ketara. Kelemahan yang agak ketara apabila peserta yang begitu ramai menjadikan aktiviti ini kurang berkesan dan bagi mengatasi masalah ini kita perlu mengecilkan kumpulan agar mudah untuk kita kawal selia aktiviti ini. Selesai sahaja aktiviti ta'ruf ini peserta diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan yang diubah sedikit perlaksanaannya yang bagi kami agak menarik kerana ia mengaitkan dengan sistem pengangkutan dan para peserta amat seronok dengan aktiviti ini sehingga mereka tidak sempat untuk mengikuti arahan yang diberikan.

 

Selesai aktiviti pembahagian kumpulan seperti biasa setiap kumpulan diarahkan untuk berbincang bagi membentuk indentiti kumpulan yang bertemakan flora dan fauna, kali ini indentiti kumpulan amat ringkas tetapi padat pengisiannya. Berbagai nama baharu yang diperolehi hasil percambahan idea dari kalangan para peserta. Apa yang menarik bagi aku adalah sikap mereka yang bersungguh-sungguh untuk meniapkan apa yang diarahkan dan gelagat mereka di dalam proses indentiti kumpulan ini kerana aku telah lama tidak melihat gelagat peserta seperti ini. Selesai perbincangan mereka dikehendaki membentangkan hasil mereka bagi dinilai oleh ayahanda KK dan UH. Pelbagai kaedah dan cara mereka bentang dan mempertahankan hasil kretiviti mereka walaupun diasak oleh pelbagai soalan dan komen, mereka tetap berdiri teguh bersama hujah dan hasil mereka. syabas kepada mereka semua yang telah menunjujukan kejituan diri dan idea yang bernas dan semangat yang tinggi di dalam aktiviti ini.

Pembentangan kumpulan selesai pada jam 1.00 petang dan para perserta bersama fasilitator telah menunaikan solat Zohor berjemaah yang dimami oleh sahabat aku iaitu AK di surau. seperti biasa keutamaan solat berjemaah diutamakan di dalam program ini. Kita ingin mendidik para peserta dan juga diri fasilitator kepentingan solat berjemaah bagi membentuk peribadi muslim yang sejati. Selesai solat berjemaah kami menikmati makan tengahari yang telah disediakan dan amat menyelerakan kerana perut lama kosong.

Selepas solat fardhu Zohor aktiviti seterusnya adalah ceramah Insan Cemerlang yang dikendalikan oleh THD yang dijemput khas untuk sesi ini, Aku tidak sempat untuk menyertai aktiviti ini kerana melayang mata aku yang teramat mengantuk pada saat itu, lagipun aku terpaksa menyimpan tenaga untuk slot aku pada malam harinya nanti. Selesai ceramah ini para peserta dan fasilitator bergerak ke surau untuk menunaikan solat Asar yang diimami oleh UA.


Selesai solat berjemaah program diteruskan lagi dangan aktiviti riadah yang dikendalikan oleh sahabat seterusnya iatu ARB yang sememangnya pakar di dalam aktiviti ini. Pada petang tersebut dua riadah telah dijalankan dan agak menarik kerana para peserta semamangnya mahukan aktiviti yang sebegini berbanding aktiviti di dalam kelas. jam 6.15 petang aktiviti riada ditamatkan dan para peserta serta fasilitator bersiap diri dan seterusnya menikmati hidangan makan malam yang cukup serdahana tetapi amat menyelerakan apatah lagi perut yang agak lapar.

Part 2 akan menyusul...

Friday 14 October 2011

LIVERPOOLKITA: LIVERPOOL LAWAN MAN U

LIVERPOOLKITA: LIVERPOOL LAWAN MAN U: Memang jadi kepuasan bagi peminat jika pasukan kita boleh menibai pasukan Setan Merah walaupun kita tak mampu nak menang liga. Kita memang...

Aksi minggu ini..

Gambar di atas sudah tentu akan menghangatkan susana minggu ni kerana dua setru utama akan bertembung lagi dan yang pasti peminat kedua-dua pasukan telah melancarkan perang dingin antara mereka. Masing-masing berkira-kira siapa yang akan dibedal di dalam perlawanan tersebut dan paling menarik pasti mereka juga telah bersedia dengan kata-kata hikmah yang akan dilancarkan kepada mereka samada yang menang atau yang kalah. Begitu mereka sudah tentu telah bersedia dengan hujah masing-masing bagi mempertahankan pasukan masing-masing. Apa yang menarik bila pertembungan dua gergasi ini adalah semangat kesukanan yang ditunjukan oleh peminat kedua-dua pasukan boleh duduk semeja di kedai kopi sambil menikmati hidangan masing-masing. Apa-apa hal pun selamat maju jaya bagi kedua-dua pasukan.

Sajak Budak Kampung

Dahulu budak kampung
Malu nak mengaku
Segan kalau orang tahu

Dipandang rendah
Sukar dipuja dan dipuji
Kerap dipandang hina

Sekarang budak kampung
Budak kampung berwawasan
Budak kampung ade cita-cita
Budak kampung sudah ke angkasa
Budak kampung sudah berkereta
Budak kampung sudah berharta
Budak kampung sudah berilmu
Budak kampung sudah tidak buta
Budak kampung menjadi pujaan
Budak kampung menjadi rebutan

Bangga menjadi budak kampung
Semua orang memuji budak kampung
Betapa hebat budak kampung
Rindu kepada kehidupan kampung
Budak kampung telah berubah

Modul Aku Untuk Program ....

Malam tadi sebelum aku tidur terpandang satu objek yang terdapat di atas rak almari. Anak aku sedang berusaha membuat replika sebuah rumah yang lengkap dengan halaman dan pagar serta tanam-tanaman yang cantik.Hasil daripada itu aku pun terfikir tentang modul aku untuk program bersama budak sekolah pada 15 dan 16 Oktober 2011 ni. Tema yang aku nak adalah berkaitan dengan Rumahku SyurgaKu. Aku akan cuba kaitkan dari mana asal kita dan kemana akan kita akhirnya semuanya bertemakan rumah. 

Secara lalu slot yang pertama mereka dikehendaki membina replika sebuah rumah yang lengkap berserta laman yang dihias. Selepas selesai sesi perbincangan berkenaan rumah tersebut para peserta dikehendaki tidur dengan serta merta sehingga masa yang ditentukan. Apabila masa yang ditentukan telah tiba mereka akan dikejutkan dan akan menjalankan sesi yang ketiga. Mereka akan dibekalkan sekeping kertas dan alat tulis. Mereka dikehendaki merakamkan perasaan dan siapa yang mereka paling ingati sewaktu menjalankan aktiviti ini di dalam kertas yang dibekalkan. Selepas selesai aktiviti ini mereka dikehendaki tidur semula di bilik masing-masing.

Aktiviti ini akan disambung pada keesokan harinya bagi mencungkil perasaan mereka semasa mereka menjalankan aktiviti tersebut. Secara keseluruhan peserta ingin didedahkan kepada alam realiti di mana mereka berasal dari sebuah rumah yang terdapat keluarga iaitu ibubapa, kakak, abang dan adik. Kesemua mereka ini adalah tempat kita berkumpul di dalam rumah yang kita jadikan tempat perlindungan dan berehat serta menjadi tempat kita medidik diri kita kearah kebaikan. Selain dari rumah dan keluarga dan yang paling utama adalah kita mempunyai Allah yang berkuasa penentu segalanya. Allah yang telah menciptakan kita, keluarga dan segala-galanya.

Thursday 13 October 2011

Akhirnya aku pasrah...

Aku sudah buat keputusan esok malam aku akan manyertai para sahabat aku yang ingin mencurah ilmu kepada remaja yang sedang meningkat naik. Mulanya aku tidak ghairah nak menyertai tetapi hati seorang pejuang tetiba meresap di dalam diri aku ni meronta-ronta nak pergi. Apa yang aku risaukan satu sahaja, persiapan modul aku sebab dah saat akhir pun aku tak ready lagi. Aku tekad kali ni walaupun tanpa persiapan yang rapi aku nak try sesuatu yang baharu. Aku nak buat modul yang spontan je.. Ha Ha Ha Ha........

HambaMu-lirik

Tuesday 11 October 2011

Apa yang patut?

Hujung minggu ni aku dipelawa oleh kawan aku untuk menyertai program di suatu daerah yang agak jauh juga dari rumah aku. Lama rasanya aku sudah tidak mengikuti program ini. Beberapa minggu yang lepas aku ditinggalkan oleh mereka atas alasan sudah cukup orang dan kali ini aku dipelawa atas alasan aku pun tak tahu. Aku rasa berat malas nak menyertai kerana aku rasa lain macam je perasaan ini tidak seperti selalu yang begitu bersemangat tatapi kali ini aku bagaikan tiada rasa apa-apa. Modul yang selalu aku beriya-iya buat sehingga ke hari ini aku tidak mula lagi, mungkin disebabkan aku rasa kurang senang modul aku yang buat tetapi ada yang seringkali mengomplennya. Kalau aku fikirkan ia adalah satu teguran membina kot tahlah aku pun tak tahu, malas nak fikir. Apa yang aku keliru dengan diri aku adalah patutkah aku berdiam diri atau aku mesti pergi bersama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan aku ini?.

Kenapa aku begini?....

Terasa pulak kelainan pada diri aku ini, dahulu aku rasa tidak macam ni, kenapa ek?. Zaman yang dah berubah atau aku yang telah berubah? atau memang sudah menjadi biasa semakin kita dimamah usia semangkin kita akan berubah daripada semua perkara dan yang paling aku takuti adalah perubahan aku dari segi ibadah aku, takut berubah ke arah yang kurang menyenangkan. Aku sendiri rasakan betapa kau kekadang sensitif dan mudah terasa hati dan kekadang aku rasa seperti orang yang baharu dengan semangat membara dan kekadang aku rasa seperti aku ni sudah tiada apa keistimewaan lagi dan kekadang aku rasa cepat naik angin dan kekadang aku rasa macam nak cepat marah dan kekadang aku rasa cool aje dan kekadang aku rasa macam tidak berkeyakinan dan kekadang aku rasa macam aku ni dah tak lama lagi. Macam-macam yang aku rasai sekarang ni kenapa ek?.. aku pun tidak boleh menberi jawapan.... kat mana aku nak cari jawapannya, aku pun tak tahu macam mana aku boleh terperangkap di dalam situasi ini. Apa yang penting aku mesti teruskan hidup ini, perjalanan masih jauh dan aku pun tidak tahu apa yang ada di hadapan so aku mesti teruskan dan reda menghadapi apa sahaja kerana selagi ada nyawa di badan maka aku masih bergelar hamba kepadaNya... dan dengan ikhlas hati aku mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diriku.....

Monday 10 October 2011

Fikiran Celaru lah pulak..

Malam ini aku diserang ketidakcelaruan fikiran aha ha ha!!!. Tahle kenapa lak kau tetiba je terasa bahang kepala otak ini. Biasale kelemahan manusia pasti ada yang lemahnya.. aku rasa macam ada sesuatu yang tak beres dan perlu aku luahkan kepada sesorang untuk meredakan kegusaran kepala kau ni. Adakah ini kerana aku nak makan Sup Kambing tapi malas nak pergi atau kerana sesuatu yang aku rasa aku seperti .................. hanya Allah yang maha mengetahui. Aku bukannya apa cuma sekadar terasa juga bila kita dah diberi kepercayan dan tanggunjawab dan belum apa-apa lagi, belum buat lagi sudah dikomplen atau diberikan garis panduan yang aku rasa tidak bebas untuk aku melontarkan idea yang ikhlas dari hati aku ni. Aku rasa ini lah yang menyebabkan aku macam malas je nak join selagi ada orang yang terasa diri dia lebih baik dari orang lain. Apa yang perlu dilakukan adalah lebih baik aku mendiamkan diri dan tidak payah join so tidak lah aku terasa seperti orang bodoh.Tahlah malas pulak aku nak layan benda ni ... fikir positif, think positif.... persangka baik..... jangan buruk sangka....... ha ha ha ha ha!!!!!!!!!........ biarlah ia berlalu... jangan di desak lagi fikiran... aha  ha ha ha !!!!!

Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic

NADAMURNI - SUNNAH ORANG BERJUANG 1

Selamat Berjuang

Perjuangan

Hari Yang Baik...

Hari ini adalah hari yang baik untuk aku kerana aku masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk menghirup udara segar dan juga masih lagi dapat menikmati kehidupan yang penuh bermakna ini. Aku juga merasa gembira kerana beberapa perkara yang mengusarkan aku telah selesai walaupun tidak sepenuhnya tetapi cukup memadai untuk mennenangkan kegusaran hati aku ini. Satu persatu kekusutan telah terurai dengan kemas dan tenang sekali, ini yang dikatakan nikmat Allah kepada hambaNya dan kita mesti bersabar menghadapi setiap dugaan dan ujian yang diberikan kerana Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Saturday 8 October 2011

5 Young Liverpool Stars

Sofea - Anak Liar

Rockers(kekejaman)

Lama tak kat sini...

Salam semua member-member blog di luar sana, aku ni dah lama tak aktif kat sini biasale masa terhad banyak benda yang perlu dibuat. Hari ini aku terpanggil nak penuhkan ruangan ni bagi memenuhi ruang masa yang ada terluang ni. Hari ramai geng-geng aku yang tersenyum dan ketawa gembira selepas PM umumkan bajet untuk tahun hadapan. Apa yang perlu kita lakukan berterusan bersyukur kepada Allah kerana semua ini berlaku keranaNya yang maha mengetahui dan maha mentadbir sekian alam. Sebagai hamba kepada Allah kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa apa yang berlaku dan apa yang kita dapat Allah yang menentukanNya so kita mesti bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia, dan yang paling penting keyakinan kita kepada Allah tidak akan luntur sekalipun kita dilimpahi dengan kemewahan dunia kerana apa yang kita dapat sebenarnya bukan hak kita yang abadi. Semoga dengan rezeki yang dikurniakan ini akan kita belanjakan kepada jalan yang benar-benar memberi manafaat kepada kita dunia dan akhirat.

Tiga berita gembira bagi penjawat awam



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga berita gembira untuk penjawat awam iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan bonus.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam, Najib berkata, penjawat awam berumur 55 ke 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

“Oleh itu, kerajaan setuju lanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun ke 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

“Pelanjutan ini tidak jejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

“Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus,” katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan.

“Bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember,” katanya.
Najib berkata dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

“Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji,” katanya. - Bernama.

LIVERPOOLKITA: AKSI ENRIQUE LAWAN EVERTON

LIVERPOOLKITA: AKSI ENRIQUE LAWAN EVERTON: Akhirnya setelah sekian lama mencari pemain hebat disebelah pertahanan kiri, Liverpool amat bertuah apabila berjaya membeli pemain hebat d...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...