Tuesday 12 July 2011

Kematian Satu Yang Dekat....1st

12 Julai 2011, hari ini aku terasa nak menulis lah pulak kat sini, terasa kekok lak aku ni sebab dah lama tak menulis kerana aku terasa hilang tumpuan kepada blog aku ni sejak beberapa hari yang lalu. Hari ini aku terasa bersemangat untuk menambah bahan di dalam blog yang tidak seberapa ini. Cerita aku hari ini pun tak berapa hebat sangat kerana aku pun sebenarnya tak tahu nak menulis apa kerana aku sememengnya tengah ketandusan idea dan bahan tulisan, tapi yang aku nak ceritakan pada ruangan ini pada hari ini adalah pengalaman aku pagi tadi sewaktu aku di dalam perjalanan ke tempat kerja. Perkara ini memeang kerap kali kita terlupa atau memang kita terlupa.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan kisah kematian yang akan datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Bila berbicara tentang kematian pasti semua akan terdiam sejenak membisu dok memikirkan diri sendiri yang tidak tahu bilakah ajal akan menjelma walau sehebat mana pun orang itu ia tetap tidak akan dapat megetahui bilakah nyawa mereka akan diambil semula oleh Allah. Nyawa yang kita ada adalah milik Allah yang telah meminjamkan sementara kepada kita untuk kita berbakti kepadaNya dan mengumpul sebanyak-banyak amalan yang baik untuk dijadikan pertukarkan rahmatNya di akhirat kelak. Apa yang aku tersentuh adalah kelalaian diriku ini tentang betapa sombongnya diri kita ini selagi nyawa masih ada bersama kita sehingga kita merasakan bahawa dunia ini aku yang punya kerana dengan nyawa yang dipinjamkan ini kita masih lagi hidup lebih berlandaskan nafsu daripada keimanan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...