Saturday 7 May 2011

Semalam aku dimotivasi


Bersyukur aku kepadaNya kerana dengan izin dan petunjuk dariNya, aku dapat juga menghadirkan diri ke satu program motivasi yang dianjurkan oleh sebuah sekolah tempat anak aku menimba ilmu. Sungguh menarik dan terkesan di dalam diri ini walaupun hanya beberapa jam sahaja aku disajikan dengan pengisian yang ringkas tetapi memberi banyak menafaat di dalam diri ini.
Berfikir di luar kotak! itulah pengisian yang pertama aku dapat, walaupun telah banyak kali aku didedahkan dengan pengisian sebegini tetapi aku rasa bagaikan baru semalam aku didedahkan. Bagus sekali aku mendapat menjana semula pemikiran aku agar menjadi segar kembali. Bukan aku sahaja tetapi aku lihat ramai ibubapa seperti aku mengangguk-angguk bagaikan setuju dengan apa yang dilontarkan oleh sipemudahcara malam tadi. Kadang-kadang kita bukannya tidak mahu buat apa yang disarankan oleh sipemudahcara tersebut bahkan kita semua berusaha untuk melakukannya dan kekadang sudah menjadi adat manusia terlalai sekejap maka tersandung le lalu baharu terperasan dan teringat kembali apa yang telah disemai di dalam diri.


Perubahan perlu ada kepada kita untuk mencapai sesuatu kejayaan dan perubahan boleh berlaku dengan beberapa perkara antaranya :
  1. Kesedaran
  2. Saingan
  3. Paksaan
  4. Sukarela
  5. Cemburu
  6. Dan lain-lain lagi.
Sebagai manusia biasa kita mesti berubah seperti riwayat yang mengatakan "Hari ini kita mesti lebih baik dari semalam". Jika kita ingin berjaya kita memaksa diri kita untuk berubah seperti jika kita dahulu malas kita berubah menjadi rajin dan seumpamanya. Secara tidak langsung ia telah menanam sesuatu keazaman di dalam diri aku betapa aku perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari sekarang agar aku dan keluargaku mencapai kejayaan duni dan akhirat.


Jangan berputus asa! satu lagi semangat baharu yang tertanam di dalam diri aku. Jangan sekali-kali mengaku kalah dan setiap orang berpeluang untuk menang dan mencapai kejayaan. Apa jua yang ada pada diri kita adalah pemberiaan Allah dan setiap pemberian dariNya adalah satu nikmat dan rahmat oleh itu gunakan setiap kelebihan yang ada untuk kita mencapai matlamat dan cita-cita kita kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. 

Secara keseluruhannya apa yang aku dapat malam tadi menyegarkan kembali apa yang selama ini telah bertepu di dalam diri ini dan aku harap ia akan menjadi inspirasi baharu di dalam kehidupan  agar aku dapat  mengaplikasikan di sepanjang perjalan hidup sebagai hamba di dunia yang fana ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...