Alhamdulillah.. akhirnya malam tadi aku dapat makan burger
bakar yang dok sebok diperkatakan oleh rakan-rakan aku di tempat kerja. Aku
menikmatinya bersama dengan anak-anak aku yang sememangnya telah aku beritahu
supaya menunggu sehingga aku sampai ke rumah, walaupun pada kebiasaanya mereka
semua dah tidur. Apa yang dapat aku katakana memang sedap dan menawan selera
aku dan anak-anak aku yang begitu suka menikmatinya dan tidak sia-sia aku
membelinya.
Burger ni sememangnya menarik dengan aduan dagingnya yang
lebih tebal dan lebih terasa isinya serta disaluti bahan-bahan lain yang
menjadikan rasanya begitu ketara sekali, ditambah dengan sos yang begitu terasa
ke tekak. Kolestrol mungkin berkurangan kerana dagingnya yang dibakar
menyebabkan ia mengurangkan lemak. Ia sememangnya berpatutan dengan harga dan
namanya sehingga aku difahamkan biasanya orang akan beratur menunggu giliran
untuk menikmati burger ini. Puas aku apabila telah dapat merasainya, baru aku
boleh berkongsi dengan orang tentang kesedapan burger bakar generasi baru
burger kerana selama ini dan mengikut pengalaman aku yang pernah menjual
burger, belum pernah aku mendengar burger Bakar. Apa-apa hal pon aku bagi 4/5
bintang untuk burger bakar ini, nice work and nice cook.
2 comments:
hsi.. bang tak ajak pun makan burger bakar
Post a Comment