Monday 10 December 2012

Kem Jom Hijrah

Selamat Datang
Pada 07-09 Disember 2012 aku sekali lagi berpeluang untuk bersama dengan rakan-rakan dari team Pintar menunaikan tanggunjawab sosial bersama anak-anak staf tempat aku mencari makan. Kem kali ni dijalankan di Pusat Pertanian Ayer Hitam tidak jauh dari rumah aku di Machap. Sebelum kem ini bermula sudah ada perkara yang tidak dijangka berlaku di mana salah seorang sahabat aku dan juga tempat aku selalu berbincang tentang modul-modul aku tidak dapat menyertai di atas sebab-sebab tertentu. Pada mulanya aku terasa janggal juga kerana ia seperti pelengkap kepada gerak kerja sampingan kita orang pada waktu malam iaitu mengeteh. 

Pesediaan Kembara
Kali ini aku diberi tanggunjawab untuk membina modul Kembara Jom Hijrah yang berbeza dengan modul kembara aku yang pernah aku buat sebelum ini. Aku bersyukur di atas bantunaNya telah memberi ilham kepada aku sehingga aku dapat membuat beberapa modul yang berbeza dan mendapat maklumbalas yang positif daripada semua Fasilitator yang bertugas. Kebanyakan peserta yang menjalankan tugasan di setiap Check Point pun dapat memahami maksud yang tersirat dengan segera. Lega aku mendengarnya kerana kali ini sememangnya aku ingin mencipta modul yang ringkas, mudah dan padat agar memberi kesan yang lebih mendalam kepada para peserta.

Laluan Kembara

Semuanya berjalan lancar dan cuaca pun pada hari itu tidak panas dan tidak hujan, ini semua kurniaan Allah yang merestui perjalanan kembara kami semua. Perkara yang amat mengembirakan bagi aku adalah penamat kembara ini yang berakhir dengan sempurna dan menepati piwai masa yang telah ditetapkan, terima kasih Allah dan rakan-rakan sekelian kerana telah memberi kerjasama yang baik sehingga kembara kali ini adalah yang terbaik bagi aku.

Orang Kuat Air
Akhir sekali sewaktu pergulungan kembara aku pun dapat melepaskan keinginan aku yang telah lama bercuti dengan memberi penggulungan yang penuh semangat dan sepenuh jiwa demi kebaikan dan masa depan anak-anak bangsa yang seagama dengan aku, tiada lain yang aku harapkan semoga apa yang aku dan sahabat-sahabat aku berikan kepada mereka akan dapat mereka laksanakan demi kemajuan masa depan mereka sendiri, sekali lagi aku ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem Jom Hijrah 2012.


Yakin Boleh dik oiii....



1 comment:

abu uzair said...

Teruskan perjuangan....Tak usah diingat yang tiada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...