Saturday, 10 December 2016

Aku dan trekking sem 1 2016/17


Suka untuk aku kongsikan sedikit pengalaman sewaktu aku bersama dengan anak didik semester ini. 14 minggu lebih kurang jangkamasa waktu aku bersama mereka. Banyak perkara yang berlaku dan dikongsi bersama. Adat bila bersama pasti ada pelbagai rencah kehidupan. Pahit, manis, masam dan masin semuanya ada dan telah dihadam menjadi satu sebagai ramuan yang berkhasiat dan memberi tenaga disepanjang jam pertemuan kami.

Kata kunci yang paling aku  respect kat dia orang adalah pengorbanan. Pengorbanan yang mereka lakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan serta dilakukan dengan penuh rela hati. Begitu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan demi mencapai matlamat bersama dan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Duit, tenaga dan masa yang terpaksa dikorbankan sehingga ada yang menitiskan air mata bagi menyelesaikan tanggunjawab yang diberi. Ada juga yang tercedera ringan dan yang paling bangga apabila dia orang saling bergantung sama lain dan mampu memperterjemahkan teori dan praktikal di dalam kejadian yang sebenar. 

Secara keseluruhan aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan pelajar-pelajar dan penyambung warisan yang bertanggunjawab, bermaruah, berintigerti dan mempunyai pontesi besar untuk membawa sesuatu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakahNya dan sentiasa mendapat petunjuk jalan yang benar dan lurus hingga ke akhirat.


Thursday, 8 December 2016

Bila aku mula mengarut

Lama dan terlalu lama aku tak masuk kat aku punya blog ni sebab aku dah kehabisan idea dan aku pun dah tak tahu nak tulis apa kat dalam blog aku ini. Hari ni aku blh lak terbuka blog aku ni dan aku pun sebenarnya tidak tahu nak tulis apa. Penat jugak aku fikir apa yang aku nak tulis. Aku pun mengambil keputusan memerah otak aku yang kecik ni untuk tulis apa sahaja yang tersarang di kepala aku ini. Manalah tahu jika aku tulis tak apa-apa ni akan timbul idea untuk aku mengarang cerita yang menjadi perhatian untuk orang di maya ini membaca apa yang aku tulis.

Diam tak diam dah berzaman gak aku tinggalkan blog aku ni ek dan tak sangka hari ini aku tergerak nak tulis dan masalahnya aku tak tahu nak tulis apa, pening gak kepala otak ini fikir apa yang aku nak tulis, lagi tadi asyik benda yang sama sahaja aku tulis sampai aku pun dah naik tak faham apa sebenarnya aku nak tulis. Dahlah tidak ada isi, motif jauh sekali dan kalau baca pon tak mendatangkan apa-apa makna pon. Apalah kan aku ni kalau dah tak tahu nak tulis apa, berhenti jangan menulis lagi daripada tulis yang bukan-bukan sampai orang pun tak faham apa yang kau tulis. Oleh kerana otak aku dah bagi isyarat suruh berhenti menulis maka aku kena berhenti.

Bila aku nak berhenti tangan ni macam tak kasi lak, asyik suruh menaip gak. Aduh! apa yang aku nak taip ni peninglah. Rupanya dah dekat dua tahun aku tak menulis dah last aku taip dalam tahun 2014 dan masuk ni dah 2016 lama tu. Kelakar lak aku rasa, macam tak apa-apa tak aku ni.

Semangat macam tahi ayam, mula-mula panas pas tu sejuk, tapi hangat-hangat tahi ayam pon dia banyak membantu sebab dia boleh jadi baja membantu tumbesaran pokok-pokok terutama pokok sawit dan akan menghasilkan buah sawit yang baik. itulah kuasa yang maha pencipta yang menjadikan putaran roda kehidupan dari ayam mengeluarkan najis dan dari najis di jadikan peribahasa yang boleh dijadikan pengajaran kepada manusia dan dari najis itu juga boleh memberi pertolongan kepada manusia untuk berjimat membeli baja untuk tumbuh-tumbuhan. Wah indah kan ciptaan Allah, semuanya memberi manafaat kepada makhluk.



Saturday, 22 March 2014

Hari ini punya cerita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang

Hari sabtu aku dah berada di tempat aku berkerja, sememangnya pada hari ini aku kena berkerja mengantikan sahabat aku yang tidak dapat hadir. Tak le aku rasa seronok pon rasa malas pona ada rasa boring pun ada, macam-macam lak perasaan hari ini. Kalau ikutkan hati malas nak kerja tapi semangat lak aku nak datang kerja sebab aku dah lama tidak kerja cuti-cuti macam ini. Patutlah aku semangat gila, rupanya ada kerja yang aku tidak siapkan lagi. Bersyukur aku sebab aku kuat untuk datang kerja hari ini dan akhirnya aku dapat jugak siapkan kerja aku. Apa yang dapat aku kongsikan adalah setiap sesuatu ada hikmahnya dan kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi sesuatu yang mendatang tanpa diduga.~hariyooossss....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...