Saturday 10 December 2016

Aku dan trekking sem 1 2016/17


Suka untuk aku kongsikan sedikit pengalaman sewaktu aku bersama dengan anak didik semester ini. 14 minggu lebih kurang jangkamasa waktu aku bersama mereka. Banyak perkara yang berlaku dan dikongsi bersama. Adat bila bersama pasti ada pelbagai rencah kehidupan. Pahit, manis, masam dan masin semuanya ada dan telah dihadam menjadi satu sebagai ramuan yang berkhasiat dan memberi tenaga disepanjang jam pertemuan kami.

Kata kunci yang paling aku  respect kat dia orang adalah pengorbanan. Pengorbanan yang mereka lakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan serta dilakukan dengan penuh rela hati. Begitu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan demi mencapai matlamat bersama dan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Duit, tenaga dan masa yang terpaksa dikorbankan sehingga ada yang menitiskan air mata bagi menyelesaikan tanggunjawab yang diberi. Ada juga yang tercedera ringan dan yang paling bangga apabila dia orang saling bergantung sama lain dan mampu memperterjemahkan teori dan praktikal di dalam kejadian yang sebenar. 

Secara keseluruhan aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan pelajar-pelajar dan penyambung warisan yang bertanggunjawab, bermaruah, berintigerti dan mempunyai pontesi besar untuk membawa sesuatu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakahNya dan sentiasa mendapat petunjuk jalan yang benar dan lurus hingga ke akhirat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...