Friday 14 October 2011

Modul Aku Untuk Program ....

Malam tadi sebelum aku tidur terpandang satu objek yang terdapat di atas rak almari. Anak aku sedang berusaha membuat replika sebuah rumah yang lengkap dengan halaman dan pagar serta tanam-tanaman yang cantik.Hasil daripada itu aku pun terfikir tentang modul aku untuk program bersama budak sekolah pada 15 dan 16 Oktober 2011 ni. Tema yang aku nak adalah berkaitan dengan Rumahku SyurgaKu. Aku akan cuba kaitkan dari mana asal kita dan kemana akan kita akhirnya semuanya bertemakan rumah. 

Secara lalu slot yang pertama mereka dikehendaki membina replika sebuah rumah yang lengkap berserta laman yang dihias. Selepas selesai sesi perbincangan berkenaan rumah tersebut para peserta dikehendaki tidur dengan serta merta sehingga masa yang ditentukan. Apabila masa yang ditentukan telah tiba mereka akan dikejutkan dan akan menjalankan sesi yang ketiga. Mereka akan dibekalkan sekeping kertas dan alat tulis. Mereka dikehendaki merakamkan perasaan dan siapa yang mereka paling ingati sewaktu menjalankan aktiviti ini di dalam kertas yang dibekalkan. Selepas selesai aktiviti ini mereka dikehendaki tidur semula di bilik masing-masing.

Aktiviti ini akan disambung pada keesokan harinya bagi mencungkil perasaan mereka semasa mereka menjalankan aktiviti tersebut. Secara keseluruhan peserta ingin didedahkan kepada alam realiti di mana mereka berasal dari sebuah rumah yang terdapat keluarga iaitu ibubapa, kakak, abang dan adik. Kesemua mereka ini adalah tempat kita berkumpul di dalam rumah yang kita jadikan tempat perlindungan dan berehat serta menjadi tempat kita medidik diri kita kearah kebaikan. Selain dari rumah dan keluarga dan yang paling utama adalah kita mempunyai Allah yang berkuasa penentu segalanya. Allah yang telah menciptakan kita, keluarga dan segala-galanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...