Monday 17 October 2011

Kem Motivasi Pintar Part 1

Program pertama aku selepas berehat selama dua bulan, bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar. Program ini yang dipanggil Kem Motivasi Pelajar Pintar 2011 yang telah diadakan di Kem Air Hitam Muar yang disertai oleh seramai 89 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Comel dan Sekolah Kebangsaan Bindu dari Batu Pahat. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula pada 15 dan 16 Oktober 2011.

Aku dan orang-orang kuat Kem Motivasi ini yang terdiri daripada Ayahanda KK, UA, UB, AK, UH, ARB, SJF dan lima bunga RM telah bertolak awal iaitu pada malam Sabtu. Perjalanan kami bermula dari Masjid. Perjalanan agak lewat dari yang dijanjikan kerana menunggu AK yang lewat sampai. Sebelum bertolak kami mengambil Bunga RM dan seterusnya mengambil ayahanda KK di rumahnya. Selesai acara mengambil semua yang menaiki kenderaan kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami telah singgah di rumah orang tua UA bagi menghantar sesuatu barang di situ. Sepanjang perjalanan menuju ke kem tersebut kami telah melalui satu jalan yang lain daripada yang biasa. Aku pulak telah terasa lapar kerana aku sememangnya belum sempat makan tengahari dan petang. Akhirnya kelaparan aku berbalas apabila UA berhenti makan di satu warong yang menyajikan Sup Kambing dan nasi putih. Selesai makan kami pun terus bergerak ke Kem dan meninggalkan warong tersebut dengan perasaan gembira kerana perut aku telah kenyang. Kasihan mereka yang tidak dapat menjamah Sup Kambing keranan pemilik warung tersebut telah habis jualannya.

Setibanya aku di kem tersebut kami pun terus menuju ke bilik yang telah disediakan, aku sebilik bersama AK dan UA dan kali ini aku bersebelahan dengan AK. Lama sudah aku tidak berborak dengan rakan aku ini. Kami mengambil masa yang ada ini untuk berborak setelah sekelian lama tidak sebilik, sehingga lewat pagi kira-kira jam 3.00 pagi baharu aku tidak sedar, rupanya aku telah tertidur dan tepat jam pukul 5.00 pagi aku terjaga dan terus membuat persiapan untuk berjemaah Subuh di surau yang terdapat di situ. Selesai solat Subuh berjemaah satu taklimat ringkas berkenaan Kembara Minda diadakan, taklimat diberikan oleh PH.


Jam 8.00 pagi seperti yang dijanjikan, perserta akan tiba tetapi seperti biasa kedatangan para peserta lewat dari jadual asal. Program dimulakan dengan sesi taklimat kem oleh ayahanda KK dan sesi perkenalkan fasilitator sebelum sesi ice breking bermula. Sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila peserta memilih nama aku atau gelaran aku PH sewaktu ayahanda KK memberi peluang peserta untuk bersama fasilitator. Aku mengambil kesempatan untuk berbicara ringkas denga mereka sebelum aku melepaskan mereka kepada TZ untuk aktiviti yang dikendalikan oleh beliau.

Aktiviti seterusnya adalah sesi Ice Breaking atau sesi perkenalan antara mereka bagi membentu persefahaman di dalam menjalankan tugasan dan hidup di dalam kem ini. Kali ini TZ telah menyajikan dengan aktiviti baharu iaitu Roda Ta'ruf yang agak menarik dan jarang digunapakai. Aktiviti ini agak menarik dan memerlukan lebih ketelitian dalam pelaksanaannya bgai mengurangkan beberapa kelemahan yang agak ketara. Kelemahan yang agak ketara apabila peserta yang begitu ramai menjadikan aktiviti ini kurang berkesan dan bagi mengatasi masalah ini kita perlu mengecilkan kumpulan agar mudah untuk kita kawal selia aktiviti ini. Selesai sahaja aktiviti ta'ruf ini peserta diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan yang diubah sedikit perlaksanaannya yang bagi kami agak menarik kerana ia mengaitkan dengan sistem pengangkutan dan para peserta amat seronok dengan aktiviti ini sehingga mereka tidak sempat untuk mengikuti arahan yang diberikan.

 

Selesai aktiviti pembahagian kumpulan seperti biasa setiap kumpulan diarahkan untuk berbincang bagi membentuk indentiti kumpulan yang bertemakan flora dan fauna, kali ini indentiti kumpulan amat ringkas tetapi padat pengisiannya. Berbagai nama baharu yang diperolehi hasil percambahan idea dari kalangan para peserta. Apa yang menarik bagi aku adalah sikap mereka yang bersungguh-sungguh untuk meniapkan apa yang diarahkan dan gelagat mereka di dalam proses indentiti kumpulan ini kerana aku telah lama tidak melihat gelagat peserta seperti ini. Selesai perbincangan mereka dikehendaki membentangkan hasil mereka bagi dinilai oleh ayahanda KK dan UH. Pelbagai kaedah dan cara mereka bentang dan mempertahankan hasil kretiviti mereka walaupun diasak oleh pelbagai soalan dan komen, mereka tetap berdiri teguh bersama hujah dan hasil mereka. syabas kepada mereka semua yang telah menunjujukan kejituan diri dan idea yang bernas dan semangat yang tinggi di dalam aktiviti ini.

Pembentangan kumpulan selesai pada jam 1.00 petang dan para perserta bersama fasilitator telah menunaikan solat Zohor berjemaah yang dimami oleh sahabat aku iaitu AK di surau. seperti biasa keutamaan solat berjemaah diutamakan di dalam program ini. Kita ingin mendidik para peserta dan juga diri fasilitator kepentingan solat berjemaah bagi membentuk peribadi muslim yang sejati. Selesai solat berjemaah kami menikmati makan tengahari yang telah disediakan dan amat menyelerakan kerana perut lama kosong.

Selepas solat fardhu Zohor aktiviti seterusnya adalah ceramah Insan Cemerlang yang dikendalikan oleh THD yang dijemput khas untuk sesi ini, Aku tidak sempat untuk menyertai aktiviti ini kerana melayang mata aku yang teramat mengantuk pada saat itu, lagipun aku terpaksa menyimpan tenaga untuk slot aku pada malam harinya nanti. Selesai ceramah ini para peserta dan fasilitator bergerak ke surau untuk menunaikan solat Asar yang diimami oleh UA.


Selesai solat berjemaah program diteruskan lagi dangan aktiviti riadah yang dikendalikan oleh sahabat seterusnya iatu ARB yang sememangnya pakar di dalam aktiviti ini. Pada petang tersebut dua riadah telah dijalankan dan agak menarik kerana para peserta semamangnya mahukan aktiviti yang sebegini berbanding aktiviti di dalam kelas. jam 6.15 petang aktiviti riada ditamatkan dan para peserta serta fasilitator bersiap diri dan seterusnya menikmati hidangan makan malam yang cukup serdahana tetapi amat menyelerakan apatah lagi perut yang agak lapar.

Part 2 akan menyusul...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...