Tuesday 18 March 2014

Aku cuba kembali....

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang

Hari ini Selasa (17/03/2014) bersamaan dengan 22 Jamdil awal 1435H, tergerak hati aku untuk menulis di dalam blog ini yang telah lama aku tinggalkan. Aku terasa untuk meneruskan penulisan di blog ini adalah kerana sentapan dari kata-kata sahabat aku. Sahabat aku yang telah lama aku tidak berkesempatan untuk keluar bersam dengannya hampir 2 tahun lamanya. Allah maha besar dan berkuasa menentukan sesuatu, dengan izinNya beberapa hari yang lepas aku berpeluang bersama denganya selama 2 hari 1 malam. Wah! terasa beruntungnya aku apabila aku dapat bersama dengan sahabat aku ini dan ini kali pertama aku berurusan dengan dia tanpa ada orang lain. Benar perkara yang aku sungguh terasa, aku bebas dan tiada tekanan yang aku rasai kerana masing-masing sudah faham dan mengerti apa yang perlu dilakukan. Hasilnya aku terpanggil untuk mengaktifkan kembali blog aku, setelah kata-kata semangat dan rangsangan dari sahabt aku ini yang menyebabkan pada hari ini aku membuka dan langsung menulis sesuatu di dalam blog ini. Semoga ini akan menjadi titik tolak untuk aku meneruskan perjuangan aku melalui media maya ini. Cukup untuk hari ini dan akan aku sambung dengan cerita-cerita lain dilain hari dan semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya.. Have a nice Day...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...