Thursday, 20 March 2014

Keputusan oh Keputusan

 

Hari adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2013 kerana keputusan SPM akan mereka ketahui pada hari ini Khamis 20 Mac 2014. Aku pun pernah mengalami susana yang begini sewaktu aku menanti keputusan SPM aku pada tahun 1990 dan 1992 untuk keputusan STPM. Sehari sebelum keputusan keluar aku memang merasa berdebar-debar dan tidak senang duduk dibuatnya sehingga aku rasa mandi tidak basah dan makan tidak kenyang. Kesesokan harinya saat yang ditungguh pun hadir dan dengan penuh keresahan aku berangkat kesekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Keputusan yang aku sendiri merasa keliru dengan diri aku kerana ia tidaklah sebaik mana dan tidak layak untuk aku meneruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi.

Masih terbayang aku raut wajah arwah ibu aku dan bapa aku yang jelas kecewa dengan keputusan SPM aku. Sehingga ke hari ini aku masih rasa sedikit kesal kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM pada masa itu. Baru aku tahu betapa pedihnya hati orang tua dikala itu setelah aku menjadi seroang ayah dan menghadapi saat-saat demikian. 

Keputusan aku hanya melayakan aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat Tingkatan 6 dan mengambil STPM. Pada awal itu sememangnya aku bertekad untuk memperbaiki kesilapan sewaktu di alam SPM, ya lekan rasa dah dewasa sikit, akhirnnya aku gagal mengawal diri, sekali lagi aku tersungkur dengan persekitaran yang mengelirukan. STPM aku tidak begitu mengalakkan dan aku tidam mampu untuk menuju ke IPTA yang menjadi idaman semua remaja seperti aku pada waktu itu. Sekali lagi aku lihat air muka kedua orang tua aku yang kecewa. Kalau difikirkan semamangnya adakah ini jalan terakhir untuk kita ke IPTA, rupanya tidak. Banyak cara untuk kita menuju ke puncak IPTA dan yang paling penting usaha dan doa serta jangan berputus asa. Jika kuat berusaha dan tidak putus-putus berdoa dan mengharap kepada Allah akan dibukakan jalan lain untuk kita maju mencari ilmu. 

Apa yang penting Usaha, tawakal dan Doa kepada Allah nescaya akan dibuka dan dpermudahkan jalan untuk kita menuju puncak. Aku bersyukur kepada Allah kerana Ia telah membukakan jalan bagiku untuk mencapai cita-cita aku yang tertangguh, biar lewat sedikit daripada terus tidak sampai, biar tua sikit asal ilmunya tetap muda, itu lah tekad aku untuk meneruskan cita-cita dan harapan ibu bapa aku. Walaupun ibu aku telah tiada tetapi semangat dan kata perangsang dia sentiasa menjadi kekuatan aku untuk meneruskan cita-cita ini. Sekadar perkongsian untuk mereka yang di luar sana jangan mudah kecewa dan teruskan usaha serta jangan hampa dan kecewakan ibu bapa kita yang masih hidup kerana apabila ia telah tiada baru kita akan rasa kehilanganya. Hariyossss.......



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...