Monday, 13 June 2011

Tugasan satu dah selesai...

Malam Sabtu yang lalu 11 Jun 2011, satu program telah aku jalankan untuk memenuhi hasrat pengerusi masjid aku yang baharu. Walaupun serba ringkas, yang lebih penting matlamat tercapai walaupun tidak keseluruhannya. Banyak perkara yang telah diluahkan oleh orang-orang tertentu yang selama ini dipendam di dalam hati, cuma aku sahaja yang tidak dapat peluang untuk meluahkan apa yang terbuku kerana tugas aku ditukar pada saat akhir, dia orang macam dah tahu lak aku punya luahan, tak apa bagi aku Allah maha mengetahui ada hikamh disebaliknya. Malam tadi aku ditanya lagi oleh pengerusi tentang perancangan untuk mengadakan mesyuarat AJK pulak. Aku on aje kerana ini mungkin peluang aku yang kedua, semoga Allah akan memberi aku kesempatan untuk melahirkan apa yang terbuku di hati selama ini. Dalam perancangan hari Rabu malam Khamis ini akan diadakan mesyuaratnya dan aku ditugaskan untuk membuat surat panggilan mesyuarat semua AJK Masjid. Hari ini aku akan cuba siapkan dan malam ini juga aku cuba edarkan kepada mereka yang terlibat, so jumpa di sana........ akan bermulalah tugasan ke dua.......

Di mana kesedaraan...


Pagi tadi aku melalui satu pekan yang memang terkenal di serata negara dan aku melalui tempat yang biasa menjadi tumpuan orang ramai apabila hujung minggu tiba. Saban minggu aku melalui tempat yang sama dan pemandangan yang sama juga akan aku lihat tiada perbezaan dari minggu ke minggu yang lain. Isunya bukan aku nak menyibuk atau menjadi sang pembersih atau juga menjadi pengomen cuma apa yang aku terpandang tidak sedap dilihat kerana status kita sebagai pengguna yang rata-ratanya adalah orang melayu islam yang telah dididik oleh Rasul kita melalui hadis dan Al-Quran tentang kebersihaan. Tanggunjawab ini mesti dipikul bersama sama ada pembeli atau penjual dengan bertanggunjawab ke atas sampah masing-masing, walaupun berkemungkinan kita telah mengeluarkan modal untuk pembersihan, kan lagi elok jika kita yang buat kotor kita yang bertanggunjawab membersihkannya maka sempurnalah semuanya. Sekadar peringatan untuk diri sendiri.. teringat kata-kata seorang teman "orang yang suka membuang sampah merata-rata adalah seorang yang tidak ada kesedaran sivik dan suka menyusahkan orang lain"


Wednesday, 8 June 2011

Aku dilantik lagi....

Semalam 7 Jun 2011, bermulalah tugas pertama aku sebagai setiausaha Masjid di kampung aku, beberapa kali aku telah menolak tawaran untuk dilantik sebagai setiausaha tetapi akhirnya mereka berjaya menyakinkan semua orang-orang yang berkenaan untuk meletakkan nama aku sebagai setiausaha masjid yang baru. Tugas pertama aku adalah memanggil dan mengatur satu mesyuarat AJK Masjid dengan seluruh penduduk kampung. Semalam aku terpaksa mengupah anak-anak aku dan anak kawan aku untuk mengedarkan surat jemputan kepada penduduk kampung. ini adalah satu cabaran bagi aku, nak tak nak aku kena bertanggunjawab memegang amanah yang diberikan, aku yakin ini semua telah ditentukan oleh Allah.

Apa yang aku yang bermain dibenak kepala aku adalah, semakin aku ingin melarikan diri dari perkara ini semakin dekat lak perkara sebegini datang kepada aku. Baru-baru ini ada orang telah meluahkan perkara yang sama kepada aku tentang ketandusan pemimpin di dalam satu persatuan dan juga kumpulan yang telah lama wujud di tempat kediaman aku, akhirnya aku dapat mengelak apabila aku mencadangkan nama-nama yang hebat kepada sipengadu tersebut. Aku berdoa semoga krisis yang sedang melanda akan kembali selesai dan beberapa perkara yang agak mengusarkan penduduk kampung akan terlerai tanpa aku menjadi lagi orang pilihan............... ha! ha! ha! Aku kini ingin bebas .... sebebas burung berterbangan di angkasa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...