Showing posts with label Karya Aku. Show all posts
Showing posts with label Karya Aku. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

10 malam terakhir



10 malam terakhir pemisah antara Ramadhan dan Syawal,
10 malam terakhir ditunggu-tunggu sebahagian umat nabi Muhammad, 
10 malam terdapat 1 malam yang menyamai 1000 bulan,
10 malam terakhir Allah berikan kenikmatan yang berganda
10 malam terakhir ditangisi oleh mereka yang beriman dan beramal soleh
10 malam terakhir bertambah kekuatan bagi mereka yang menyayangi
10 malam terakhir manjadikan amalan semakin bertambah
10 malam terakhir menjadi motivasi insan bertakwa
10 malam terakhir memberi hidayah kepada mereka yang menginginkan


10 malam terakhir juga dinanti sebahagian umat
10 malam terakhir ini juga menjadi penaik semangat 
10 malam terakhir menjadi cabaran menyelesaikan sambutan
10 malam terakhir panggilan kemewahan mengundang dengan hebat
10 malam terakhir menjadi insan mengejar dunia
10 malam terakhir membuat insan gembira tidak terkata
10 malam terakhir menyebabkan orang keliru menjalankan ibadah
10 malam terakhir menjadikan sesuatu menjadi keutamaan
10 malam terakhir bersengkang mata membuat benda yang lara
10 malam terakhir menjadi semangat untuk terus bermaksiat
10 malam terakhir masih ramai yang leka 
10 malam terakhir berlalu dengan sia-sia..

10 malam terakhir akan dinanti lagi
10 malam terakhir belum pasti akan bertemu lagi
10 malam terakhir pergimu ditangisi
10 malam terakhir semoga kita akan bertemu lagi
10 malam terakhir akan datang lagi
10 malam terakhir kehadiranmu dinanti...........


Monday, 10 December 2012

Cerita kah?

Wah! hari ini sungguh indah sekali, manakan tidak semua orang tersenyum dengan lebarnya, eh! mana ada bukan semua orang sebahagian sahaja.

Oh! begitu kenapa pulak jadi begitu, ya lah kalau semua orang tersenyum itu bukanya nama kehidupan. Kehidupan ini kan ada yang manis dan ada yang pahit oleh kerana itu semua orang menerima rencah hidup yang berbeza. Kalau seorang dapat manis mungkin selebihnya dapat pahit dan kalau seorang dapat pahit mungkin selebihnya dapat manis.

Ooo! begitu ke? patutle setiap hari kita akan nampak rupa manusia yang berbeza sehingga susah kita nak tahu "mood" mereka. Begitu juga kadang-kadang mereka ni berpura-pura, ada yang rasa pahit tapi mereka menunjukan reaksi yang manis begitu juga sebaliknya ada yang dapat manis tetapi mereka menunjukan reaksi masam.

Kenapa begitu? entahlah berkemungkinan mereka ini ingin merahsiakan sesuatu atau menjaga sesuatu yang lebih penting daripada diri dia sendiri. Ish! begitu sekali ya, orang sanggup buat, mungkin demi kebaikan semua pihak atau demi satu perhubungan yang telah lama terjalin.

Wah! kalau begitu susah lah kita nak mengenal hati budi orang, takut kalu kita tengok muka dia manis rupanya hati dia masam dan kita sangka dia masam rupanya hati dia manis.

Mmm! memang betul susah kita nak kenal orang bahkan kawan kita kita susah nak kenal hati budi dia, ish! jangan kata kawan adik beradik pun susah. Hari ini dia "ok" tapi esok lusa kita tak tahu, rupanya dah berubah jadi "KO".

Oh! kalau macam itu kita kena sentiasa berhati-hati, bukan apa bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku, ye lah mana tahu kita terjah je kat orang tu dengan niat bergurau tetapi rupanya dia di dalam keadaan "mood" yang tidak baik habis nanti akan berlaku pentengkaran, betul tak?

Betul tu, begitulah adat dunia kita bukan semuanya sama bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain lagipun rambut kita nampak apa warnanya tetapi hati tersembunyi hanya orang yang bawa hati tu yang tahu hati budi dia sendiri

Cerita lagi..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! ........
Assalammualikum!... assalammualikum!... salamkum...! salamkun!! asssssalamkummmmm!!!!!! ish! mana le orang ni, lagi tadi kita bagi salam tak disapanya... ada orang ke tidak ni.
Tok! tok! tok! sekali ni kalau tak ada orang jawab memang tak ada orang.
Asaaaalaaammm mu'alaikummmmmm!!!!!!!. mm!, memang tak ada orang lah ni kalau macam tu tak apalah esok kita datang lagi mana tahu kalu esok dah ada.

Tanya orang le, mana tahu orang tu tahu :
1. Assalamu'alaikum! apa kabar, sihat?
2. Walaikumusalam! ya baik, sihat.
1. Tumpang tanya boleh?
2. Boleh.
1. Rumah ni tak ada orang ke?
2. Tah tak tahu... tak ada agaknya.
1. Dia pergi ke mana?
2. Manale aku tahu, kau tanya le kat tuan rumah tu.
2. Dah le aku sibuk ni...

Tanya orang lagi kot :
A. Assalamu'alaikum! apa kabar encik? Encik sihat hari ini..
B. Walaikumu salam! alhamdulillah... sihat.
A. Encik! maaf menganggu... boleh saya tumpang tanya?
B. Boleh apa salahnya. Nak tanya apa?
A. Encik tahu tuan rumah ni ada di rumah ke tidak? saya dah beri salam beberapa kali tapi tiada
jawapan.
B. Ooo tuan rumah ni, mmm setahu saya dia macam dah keluar, tadi saya nampak keretanya
keluar, ya pagi tadi.
A. Oh! macam tu ke.. patut le senyap sahaja, mm tak apalah encik terima kasih banyak-banyak,
lain kali nanti saya datang lagi.
B. Mmm! awak ni datang dari mana? ada apa-apa yang saya boleh saya sampaikan pesan?
A. Boleh juga. Tolong beritahu kepada tuan rumah saya kawan dari negeri sebelah datang.
B. Baiklah nanti saya sampaikan.
A. Terima kasih, encik! jumpa lagi.
B. Sama-sama, jumpa lagi.

Fokir-fikirlah mana yang elok heeeeee............................ 

Friday, 7 December 2012

Saja Cerita...

Sipolan sedang duduk di bawah pokok bersebelahan dengan sungai yang mengalir airnya masuk ke bendang sawah sambil merenung kehidupannya. Sipolan masih memikirkan masa depan anak-anaknya yang semakin membesar tentu mereka akan menempuhi satu kehidupan yang mencabar kerana arus kehidupan yang semakin moden.

Sedang Sipolan duduk disitu, ia telah didatangi oleh anak lelakinya,


Anak : Ayah! (Seolah-olah memeranjatkan ayahnya)


Sipolan : Allah! terkejut ayah (Sambil menyusap kepala anaknya)


Anak : Ayah buat apa termenung kat sini?


Sipolan : Oh! ayah tengah duduk ni merenung alam ciptaan Allah ni...


Anak : Ooo, ayah dah makan belum?


Sipolan : Sudah nak, kan tadi kita dah makan bersama-sama.


Anak : Oh! ya .. tidak teringat pulak


Sipolan : Anakku.. boleh ayah becakap sedikit dengan kamu?


Anak : Boleh ayah, cakaplah apa ayah nak cakap?


Sipolan :


Anak ku ayah ingin menasihatkan kamu supaya kamu menjadi anak yang baik, rajin belajar dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Ayah nak kau berjaya nak menjadi ornang yang dipandang mulia bukanya dipandang hina oleh masyarakat. Ayah tidak mahu kau menjadi sampah masyarakat terutamanya menjadi penagih dadah nak, kerana penagih dadah ini amat hina dan membawa kepada kebinasaan nak. Oleh kerana itu untuk mengelakan daripada kau terjerumus menjadi penagih dadah jangan sekali-kali kau mencuba untuk menghisap rokok ya nak, kerana kau masih kecil rokok akan membawa mudarat kepada kesihatan nak dan ayah takut jika kau merokok kau akan terpengaruh untuk mengisap dadah pulak nak... kau faham tak nak apa yang ayah cakapkan...


Anak : Faham ayah, saya berjanji akan mendengar nasihat ayah...


Sipolan : Mm mana pulak ayah letak rokok ni? kau ada nampak rokok ayah tak?


Anak : Tidak! ayah.


Sipolan : Cuba kau carikan kat atas meja tu..


Anak : Ada ayah...


Sipolan : Bawa kemari rokok tu, ayah nak hisap rokok kering rasanya tekak ni tak merokok.


Anak : Baik ayah... Ayah nak tanya sikit?.....


Sipolan : Apa dia?

Anak : Ayah ni nak terjerumus menjadi penagih dadah ke?

Sipolan : ?????

Monday, 26 November 2012

Suka-suka

Burung Selasih di tepi kotak,
Datang nenek masak kari,
Jangan cakap terlalu gempak,
Tiba masa terus lari.

Pokok jati tegak di hutan,
Tukang datang dibuat titi,
Kenalah kini si anak jantan,
Tidak lari tetap menanti.

Di waktu subuh nampak purnama,
Hendak dicapai terlalu tinggi,
Langkah dan teknik biar sempurna,
Jangan nanti jatuh tersungkur lagi.

Harimau Malaya tidak cukup bertapa,
Sanga singa pula sememangnya handal,
Terketar ketar bukanya apa,
Tidak sabar rasanya nak membedal.

Thursday, 10 November 2011

Siapa Aku.....

Aku bukan Superhero
Aku bukan Adiwira
Aku hanya manusia biasa
Makhluk ciptaanNya yang maha Esa

Aku hidup hanya sementara
Aku bernafas tidak lama
Aku menumpang di alam fana
Aku hanya manusi biasa
Hamba kepada yang maha Esa

Aku hanya meminjam sahaja
Aku hanya merasa apa yang ada
Aku hanya sekadar meminta
Aku hanya insan biasa
Mengharap rahmat dariNya

Sunday, 8 May 2011

Pantun Suka-Suka

Berjalan seorang ke taman bunga,
Mencari bunga berbau wangi,
Kalau kita hidup terlalu berbangga,
Takut nanti mati tiada yang pergi.

Kalau tuan makan roti,
Jangan lupa cecah bersama kari,
Kalau tuan ingin berbakti,
Jangan tuan bangga diri.

Naik motor pergi ke kota,
Pergi ke kota mencari gula,
Kalau kita sudah berkata,
Biarlah ia boleh memberi pahala.

Rumah api di atas bukit,
Bukit pula terletak di tengah laut,
Biar kita berusaha berdikit-dikit,
Agar hidup kita tidak menjadi kalut.

Orang berkebun ditengah hutan,
Menanam pisang dimakan kera,
Hidup ini jangan banyak beban,
Baru boleh hidup dengan gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...