Sunday, 11 December 2016

Aku dan bundle

Kisah orang berniaga pakaian bundle telah kerap kali aku dengar dan lihat. Senario orang menjual dan membeli pakaian terpakai dari luar negara ini telah menjadi satu fenomena yang sangat hebat di negara kita ini. Pakaian terpakai ini atau lebih dikenali dengan pakaian bundle telah menarik minat orang ramai untuk membeli dengan kadar harga yang mampu beli dan berkualiti. Silap-silap hari bulan boleh dapat barang yang berjenama dan mempunyai nilai yang tinggi dipasaran.

Bila telah ramai yang membeli dan mulalah tumbuh bagaikan cendawan kedai-kedai atau tempat-tempat port orang menjual pakaian bundle. Pelbagai cara dan harga jualan yang diusahakan oleh si penjual bagi menarik perhatian dan minat orang ramai membeli barang jualan mereka. Harga yang berpatutan bagi pakian yang berjenama dan berkualiti tinggi, sungguh memuaskan hati orang yang membeli.


Apa yang aku kongsikan ini adalah sedikit tidak terpalit kepada diri aku sendiri. Tidak pernah bermimpi untuk menjadi sebahagian keluarga penjual pakaian bundle ni. Semuanya telah ditentukan oleh yang maha Esa. Bermula dengan rasa minat untuk membeli pakian bundle yang berjenama dengan harga yang berpatutan menyebabkan aku sendiri terjebak dengan sumber pendapatan sampingan ini.

Selalu aku katakan kepada sahabat-sahabat dan orang ramai "Berniaga tanpa senagaja" dah macam tajuk drama lak. Dahulu aku hanya pembeli dan sekarang berkembang menjadi penjual pula. Setakat ke hari ini, masih lagi menjual secara kecil-kecilan dan sekadar suka-suka bak kata mudahnya sebagai jualan sambilan di rumah. Seminggu sekali mencari barang untuk di jual kembali dengan harga yang berpatutan, kata kawan "asal ada untung" kecil atau besar itu rezeki.


Kalau dahulu aku mendengar orang berniaga amatlah untung dan mudah tapi kini bila dah merasa baru ku tahu betapa sukar dan amat mencabar perjalananya. Bukan mudah untuk mengharap orang membeli dengan kita kerana kuasa membeli terletak kepada pelanggan dan kita tidak boleh memaksa mereka untuk membeli. Sabar adalah kunci utama dalam bidang ini kerana selain dari hasil jualan, telinga dan perasaan juga perlu kuat bak kata member "hati mahu kering beb".

Bukan semua orang suka dengan usaha kita, bahkan ada yang mengutuk dan ada pula yang memperli serta ada yang memandang serong tetapi itu semua biasa dalam bidang ini. Bak kata sahabat yang banyak memberi dorongan "jangan putus asa, teruskan usaha", kata-kata keramat itu menjadi pembakar semangat diri ini untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini dan apa yang menarik perhatian aku, semakin ramai kawan baharu yang aku dapat hasil dari kerjaya ini. Setiap minggu pasti akan bertemu dangan mereka bercerita apa yang patut dan mendapat nasihat serta tip-tip yang terbaik serta bertukar-tukar pandangan dan paling seronok sama-sama berebut-rebut mencari barang-barang yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

Secara keseluruhan apa yang dapat aku rumuskan bidang ini adalah bidang yang mencabar dan perlukan semangat yang kuat serta kaedah dan perancangan pemasaran yang tepat dan yang paling penting pengurusan jual beli yang diredhai oleh Allah s.w.t. Walau setinggi mana pun kita berada pakaian bundle bukan calang-calang hebatnya, usaha dihina dan dikeji kerana ia juga adalah sebahagian barangan yang berkualiti tinggi serta boleh mendatangkan untung yang tinggi.


Saturday, 10 December 2016

Aku dan trekking sem 1 2016/17


Suka untuk aku kongsikan sedikit pengalaman sewaktu aku bersama dengan anak didik semester ini. 14 minggu lebih kurang jangkamasa waktu aku bersama mereka. Banyak perkara yang berlaku dan dikongsi bersama. Adat bila bersama pasti ada pelbagai rencah kehidupan. Pahit, manis, masam dan masin semuanya ada dan telah dihadam menjadi satu sebagai ramuan yang berkhasiat dan memberi tenaga disepanjang jam pertemuan kami.

Kata kunci yang paling aku  respect kat dia orang adalah pengorbanan. Pengorbanan yang mereka lakukan dengan penuh keikhlasan dan tidak mengharapkan balasan serta dilakukan dengan penuh rela hati. Begitu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan demi mencapai matlamat bersama dan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.

Duit, tenaga dan masa yang terpaksa dikorbankan sehingga ada yang menitiskan air mata bagi menyelesaikan tanggunjawab yang diberi. Ada juga yang tercedera ringan dan yang paling bangga apabila dia orang saling bergantung sama lain dan mampu memperterjemahkan teori dan praktikal di dalam kejadian yang sebenar. 

Secara keseluruhan aku bersyukur kerana dianugerahkan dengan pelajar-pelajar dan penyambung warisan yang bertanggunjawab, bermaruah, berintigerti dan mempunyai pontesi besar untuk membawa sesuatu kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakahNya dan sentiasa mendapat petunjuk jalan yang benar dan lurus hingga ke akhirat.


Thursday, 8 December 2016

Bila aku mula mengarut

Lama dan terlalu lama aku tak masuk kat aku punya blog ni sebab aku dah kehabisan idea dan aku pun dah tak tahu nak tulis apa kat dalam blog aku ini. Hari ni aku blh lak terbuka blog aku ni dan aku pun sebenarnya tidak tahu nak tulis apa. Penat jugak aku fikir apa yang aku nak tulis. Aku pun mengambil keputusan memerah otak aku yang kecik ni untuk tulis apa sahaja yang tersarang di kepala aku ini. Manalah tahu jika aku tulis tak apa-apa ni akan timbul idea untuk aku mengarang cerita yang menjadi perhatian untuk orang di maya ini membaca apa yang aku tulis.

Diam tak diam dah berzaman gak aku tinggalkan blog aku ni ek dan tak sangka hari ini aku tergerak nak tulis dan masalahnya aku tak tahu nak tulis apa, pening gak kepala otak ini fikir apa yang aku nak tulis, lagi tadi asyik benda yang sama sahaja aku tulis sampai aku pun dah naik tak faham apa sebenarnya aku nak tulis. Dahlah tidak ada isi, motif jauh sekali dan kalau baca pon tak mendatangkan apa-apa makna pon. Apalah kan aku ni kalau dah tak tahu nak tulis apa, berhenti jangan menulis lagi daripada tulis yang bukan-bukan sampai orang pun tak faham apa yang kau tulis. Oleh kerana otak aku dah bagi isyarat suruh berhenti menulis maka aku kena berhenti.

Bila aku nak berhenti tangan ni macam tak kasi lak, asyik suruh menaip gak. Aduh! apa yang aku nak taip ni peninglah. Rupanya dah dekat dua tahun aku tak menulis dah last aku taip dalam tahun 2014 dan masuk ni dah 2016 lama tu. Kelakar lak aku rasa, macam tak apa-apa tak aku ni.

Semangat macam tahi ayam, mula-mula panas pas tu sejuk, tapi hangat-hangat tahi ayam pon dia banyak membantu sebab dia boleh jadi baja membantu tumbesaran pokok-pokok terutama pokok sawit dan akan menghasilkan buah sawit yang baik. itulah kuasa yang maha pencipta yang menjadikan putaran roda kehidupan dari ayam mengeluarkan najis dan dari najis di jadikan peribahasa yang boleh dijadikan pengajaran kepada manusia dan dari najis itu juga boleh memberi pertolongan kepada manusia untuk berjimat membeli baja untuk tumbuh-tumbuhan. Wah indah kan ciptaan Allah, semuanya memberi manafaat kepada makhluk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...