Thursday, 20 March 2014

Keputusan oh Keputusan

 

Hari adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2013 kerana keputusan SPM akan mereka ketahui pada hari ini Khamis 20 Mac 2014. Aku pun pernah mengalami susana yang begini sewaktu aku menanti keputusan SPM aku pada tahun 1990 dan 1992 untuk keputusan STPM. Sehari sebelum keputusan keluar aku memang merasa berdebar-debar dan tidak senang duduk dibuatnya sehingga aku rasa mandi tidak basah dan makan tidak kenyang. Kesesokan harinya saat yang ditungguh pun hadir dan dengan penuh keresahan aku berangkat kesekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Keputusan yang aku sendiri merasa keliru dengan diri aku kerana ia tidaklah sebaik mana dan tidak layak untuk aku meneruskan pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi.

Masih terbayang aku raut wajah arwah ibu aku dan bapa aku yang jelas kecewa dengan keputusan SPM aku. Sehingga ke hari ini aku masih rasa sedikit kesal kerana tidak bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM pada masa itu. Baru aku tahu betapa pedihnya hati orang tua dikala itu setelah aku menjadi seroang ayah dan menghadapi saat-saat demikian. 

Keputusan aku hanya melayakan aku untuk meneruskan pengajian ke peringkat Tingkatan 6 dan mengambil STPM. Pada awal itu sememangnya aku bertekad untuk memperbaiki kesilapan sewaktu di alam SPM, ya lekan rasa dah dewasa sikit, akhirnnya aku gagal mengawal diri, sekali lagi aku tersungkur dengan persekitaran yang mengelirukan. STPM aku tidak begitu mengalakkan dan aku tidam mampu untuk menuju ke IPTA yang menjadi idaman semua remaja seperti aku pada waktu itu. Sekali lagi aku lihat air muka kedua orang tua aku yang kecewa. Kalau difikirkan semamangnya adakah ini jalan terakhir untuk kita ke IPTA, rupanya tidak. Banyak cara untuk kita menuju ke puncak IPTA dan yang paling penting usaha dan doa serta jangan berputus asa. Jika kuat berusaha dan tidak putus-putus berdoa dan mengharap kepada Allah akan dibukakan jalan lain untuk kita maju mencari ilmu. 

Apa yang penting Usaha, tawakal dan Doa kepada Allah nescaya akan dibuka dan dpermudahkan jalan untuk kita menuju puncak. Aku bersyukur kepada Allah kerana Ia telah membukakan jalan bagiku untuk mencapai cita-cita aku yang tertangguh, biar lewat sedikit daripada terus tidak sampai, biar tua sikit asal ilmunya tetap muda, itu lah tekad aku untuk meneruskan cita-cita dan harapan ibu bapa aku. Walaupun ibu aku telah tiada tetapi semangat dan kata perangsang dia sentiasa menjadi kekuatan aku untuk meneruskan cita-cita ini. Sekadar perkongsian untuk mereka yang di luar sana jangan mudah kecewa dan teruskan usaha serta jangan hampa dan kecewakan ibu bapa kita yang masih hidup kerana apabila ia telah tiada baru kita akan rasa kehilanganya. Hariyossss.......



Hujan dan Kemarau...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Hujan adalah salah satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan pada hari ini. Aku tertarik dengan hujan kerana di tempat aku telah lama tidak dibasahi oleh air hujan. Hampir 3 bulan rasanya hujan tidak turun di muka bumi tempat aku menumpang teduh ini. Tanah menjadi kering dan merekah, air parit menjadi kering serta pohon-pohon kecil telah menjadi layu. Kebun-kebun di tempat aku jugak banyak yang telah terbakar dan menjadikan kawasan sekitarnya menjadi berdebu dan berjerebu. Bila keadaan ini berlaku maka keluarlah suara-suara sumbang yang seperti tidak bersyukur dan mula memandang sinis kepada kekuasaan Allah dan merasakan bahawa Allah ini kejam. Padahal apa yang berlaku iniada hikmah dan pengajarannya yang perlu kita dalami dan menginsafi diri.

Sudah tiga hari aku hujan turun membasahi bumi ditempat aku berpijak ini. Turunya hujan maka berhentilah suara-suara orang yang sentiasa mengeluh dengan kehadiran kemarau. Apa yang ingin aku bangkitkan adalah apabila turunya hujan ada pulak yang bersuara, fuh nampaknya benih hujan telah menjadi. Beristifar aku mendengarnya, bukankah hujan itu dari Allah dan hanya Allah sahaja yang dapat menurunkan hujan, benih awan itu hanya sekadar usaha dan sekiranya Allah tidak mengizinkan hujan tidak akan turun walaupun bertan-tan benih awan ditaburkan. Bersyukurlah kita kepada Allah yang telah menurunkan hujan kerana allah masih mengasihi hamba dan makhlukNya diturunkan hujan bagi memenuhi keperluan seharian kita semua. Berdoalah kita kepadaNya agar hujan yang turun ini sebagai satu rahmat bukanya membawa bencana kepada kita semua dan yang palin pasti keyakinan kita bahwa hujan atau panas adlah anugerah Allah kepada semua serta Allah tidak menciptakan sesuatu itu untuk sia-sia bahkan ia membawa hikmah kepada semua.

Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa bersyukur kepadaNya dan berserah diri kepadaNya. Setiap apa yang Allah beri ini ada hikmah dan memberi peringatan kepada kita agar sentiasa bersedia dari segi mental dan iman agar jatidiri kita menjadi kuat dan akidah kita sentiasa kekal pada yang Satu iaitu Allah yang menciptkan langit dan bumi.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
QS. Al-Baqarah [2] : 164

Tuesday, 18 March 2014

Aku cuba kembali....

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang

Hari ini Selasa (17/03/2014) bersamaan dengan 22 Jamdil awal 1435H, tergerak hati aku untuk menulis di dalam blog ini yang telah lama aku tinggalkan. Aku terasa untuk meneruskan penulisan di blog ini adalah kerana sentapan dari kata-kata sahabat aku. Sahabat aku yang telah lama aku tidak berkesempatan untuk keluar bersam dengannya hampir 2 tahun lamanya. Allah maha besar dan berkuasa menentukan sesuatu, dengan izinNya beberapa hari yang lepas aku berpeluang bersama denganya selama 2 hari 1 malam. Wah! terasa beruntungnya aku apabila aku dapat bersama dengan sahabat aku ini dan ini kali pertama aku berurusan dengan dia tanpa ada orang lain. Benar perkara yang aku sungguh terasa, aku bebas dan tiada tekanan yang aku rasai kerana masing-masing sudah faham dan mengerti apa yang perlu dilakukan. Hasilnya aku terpanggil untuk mengaktifkan kembali blog aku, setelah kata-kata semangat dan rangsangan dari sahabt aku ini yang menyebabkan pada hari ini aku membuka dan langsung menulis sesuatu di dalam blog ini. Semoga ini akan menjadi titik tolak untuk aku meneruskan perjuangan aku melalui media maya ini. Cukup untuk hari ini dan akan aku sambung dengan cerita-cerita lain dilain hari dan semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya.. Have a nice Day...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...