Friday, 7 December 2012

Saja Cerita...

Sipolan sedang duduk di bawah pokok bersebelahan dengan sungai yang mengalir airnya masuk ke bendang sawah sambil merenung kehidupannya. Sipolan masih memikirkan masa depan anak-anaknya yang semakin membesar tentu mereka akan menempuhi satu kehidupan yang mencabar kerana arus kehidupan yang semakin moden.

Sedang Sipolan duduk disitu, ia telah didatangi oleh anak lelakinya,


Anak : Ayah! (Seolah-olah memeranjatkan ayahnya)


Sipolan : Allah! terkejut ayah (Sambil menyusap kepala anaknya)


Anak : Ayah buat apa termenung kat sini?


Sipolan : Oh! ayah tengah duduk ni merenung alam ciptaan Allah ni...


Anak : Ooo, ayah dah makan belum?


Sipolan : Sudah nak, kan tadi kita dah makan bersama-sama.


Anak : Oh! ya .. tidak teringat pulak


Sipolan : Anakku.. boleh ayah becakap sedikit dengan kamu?


Anak : Boleh ayah, cakaplah apa ayah nak cakap?


Sipolan :


Anak ku ayah ingin menasihatkan kamu supaya kamu menjadi anak yang baik, rajin belajar dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Ayah nak kau berjaya nak menjadi ornang yang dipandang mulia bukanya dipandang hina oleh masyarakat. Ayah tidak mahu kau menjadi sampah masyarakat terutamanya menjadi penagih dadah nak, kerana penagih dadah ini amat hina dan membawa kepada kebinasaan nak. Oleh kerana itu untuk mengelakan daripada kau terjerumus menjadi penagih dadah jangan sekali-kali kau mencuba untuk menghisap rokok ya nak, kerana kau masih kecil rokok akan membawa mudarat kepada kesihatan nak dan ayah takut jika kau merokok kau akan terpengaruh untuk mengisap dadah pulak nak... kau faham tak nak apa yang ayah cakapkan...


Anak : Faham ayah, saya berjanji akan mendengar nasihat ayah...


Sipolan : Mm mana pulak ayah letak rokok ni? kau ada nampak rokok ayah tak?


Anak : Tidak! ayah.


Sipolan : Cuba kau carikan kat atas meja tu..


Anak : Ada ayah...


Sipolan : Bawa kemari rokok tu, ayah nak hisap rokok kering rasanya tekak ni tak merokok.


Anak : Baik ayah... Ayah nak tanya sikit?.....


Sipolan : Apa dia?

Anak : Ayah ni nak terjerumus menjadi penagih dadah ke?

Sipolan : ?????

Thursday, 6 December 2012

Burger bakar vs Durian




Selesai aku makan burger bakar, kopek pula durian atas permintaan anak dan isteri. Apa yang aku dapat kongsikan sedap mana pun burger bakar tidak dapat menandingi kelazatan durian kerana apabila sahaja isi durian itu melalui tekak ini terus memadam rasa nikmat burger bakar tersebut.


Burger bakar sedap durian pula lazat, bukan sahaja dari segi rasanya bahkan dari baunya sahaja sudah boleh menyebabkan orang terpesona dengan kelazatannya. Walaupun hanya 2 biji untuk malam ini kepuasan jelas terpancar di muka aku dan anak serta isteri aku. Raja buah gelaran yang diberi semamangnya tepat, kelazatanya menghapuskan kesedapan burger bakar, untuk ini aku terpaksa mengakui durian tetap nombor 1 (9/10)


Bakar oh buger bakar!!




Alhamdulillah.. akhirnya malam tadi aku dapat makan burger bakar yang dok sebok diperkatakan oleh rakan-rakan aku di tempat kerja. Aku menikmatinya bersama dengan anak-anak aku yang sememangnya telah aku beritahu supaya menunggu sehingga aku sampai ke rumah, walaupun pada kebiasaanya mereka semua dah tidur. Apa yang dapat aku katakana memang sedap dan menawan selera aku dan anak-anak aku yang begitu suka menikmatinya dan tidak sia-sia aku membelinya.

Burger ni sememangnya menarik dengan aduan dagingnya yang lebih tebal dan lebih terasa isinya serta disaluti bahan-bahan lain yang menjadikan rasanya begitu ketara sekali, ditambah dengan sos yang begitu terasa ke tekak. Kolestrol mungkin berkurangan kerana dagingnya yang dibakar menyebabkan ia mengurangkan lemak. Ia sememangnya berpatutan dengan harga dan namanya sehingga aku difahamkan biasanya orang akan beratur menunggu giliran untuk menikmati burger ini. Puas aku apabila telah dapat merasainya, baru aku boleh berkongsi dengan orang tentang kesedapan burger bakar generasi baru burger kerana selama ini dan mengikut pengalaman aku yang pernah menjual burger, belum pernah aku mendengar burger Bakar. Apa-apa hal pon aku bagi 4/5 bintang untuk burger bakar ini, nice work and nice cook.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...